Edited by Vellfire at 24-10-2021 12:48 PM
Kanak-kanak tiga tahun jatuh dari jambatan dikhuatiri lemas
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi SAR di sekitar kawasan Sungai Tawau.
TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan di Kampung Jawa Lanut, di sini kelmarin.
Difahamkan, kanak-kanak yang berumur tiga tahun itu tergelincir jatuh ke Sungai Tawau kira-kira jam 2.30 petang, namun sehingga kini masih gagal ditemui.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.
“Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Pasukan SAR termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius pencarian dari lokasi kanak-kanak itu jatuh,” katanya.
Menurutnya, pasukan SAR masih gagal mengesan mangsa dan terpaksa menangguhkan operasi itu kira-kira jam 6.05 petang.
“Usaha mencari akan disambung hari ini (Ahad) dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
utusanborneo.com.my/2021/10/24
|