CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 1

[Sarawak] Kebebasan berhimpun, bersosial ditarik balik mulai esok

[Copy link]
Post time 25-10-2021 01:23 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguatkuasakan larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial termasuk pelancaran jentera pilihan raya bermula esok sehingga 27 November depan.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, KKM ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan situasi Covid-19 dalam negara didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster di Malaysia adalah berkait dengan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

“Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November, KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan membabitkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, memandangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 masih tinggi terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkatan bilangan kes Covid-19 baharu yang dilaporkan, aktiviti itu akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan dalam komuniti.

“Berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.


https://suarasarawak.my/2021/10/kebebasan-berhimpun-bersosial-ditarik-balik-mulai-esok/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 10:23 AM | Show all posts
Bila dah berkumpul, mulalah lupa segala SOP. Tambahan bila jumpa geng yang lama tak berjumpa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 1.260805 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list