CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 0

[Sarawak] Timbalan Ketua Polis Negara: Amalkan konsep turun padang

[Copy link]
Post time 26-10-2021 08:18 AM | Show all posts |Read mode


Mazlan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan sempana lawatan kerja rasmi ke IPK Sarawak.

KUCHING: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim menyeru anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan 'Konsep Turun Padang'.

Tegasnya, menerusi konsep ini, penglibatan Pegawai Pemerintah, Ketua Polis Daerah (KPD) dan Ketua Polis Balai (KPB) dalam aktiviti-aktiviti bersama masyarakat, pengurusan bersama badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, badan-badan sukarela dan pihak media adalah penting.

"Ia perlu dipertingkatkan demi menelusuri kehendak dan keperluan masyarakat setempat," katanya dalam kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook Polis Sarawak sempena lawatan kerja rasminya ke Sarawak hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar PDRM memastikan perkhidmatan pasukan kekal relevan dengan tuntutan semasa dengan menjadikan masyarakat sebagai rakan kolaborasi dalam konteks 'community policing' dalam memerangi jenayah persepsi.

Selain itu, beliau mengingatkan agar PDRM membudayakan prinsip “Peka Masyarakat dan Mengutamakan Kesegeraan” ke atas semua pelaporan yang diterima dan aduan oleh masyarakat setempat.

Katanya ia seiring dengan slogan “Sedia Berkhidmat” serta meningkatkan integriti dalam diri masing-masing sebagai satu pasukan.

Jelasnya, ini bagi mencegah salah laku jenayah di samping menggunakan platform media sosial dengan baik dan betul bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM sendiri.

Terdahulu, Mazlan meneruskan lawatan kerja rasminya dengan mengadakan kunjungan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

Ketibaannya disambut dengan Barisan Kawalan Kehormatan serta diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata.

Sebaik selesai menjalankan pemeriksaan Kawalan Kehormatan dan menerima tabik hormat, Mazlan menuju ke Bilik Tetamu IPK Sarawak bagi menantangani buku lawatan sebelum bergerak ke Mess Pegawai Kanan.

Beliau seterusnya mendengar taklimat persediaan Pilihan Raya Negeri Ke-12 yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak, Supritendan Ismail Mahmood.

Mazlan turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Supritendan Ab Rahman Mat Hasan atas kejayaan tangkapan bagi sejumlah 1,274 kes dengan rampasan bernilai melebihi RM100.4 juta.

Manakala, ASP Khairul Anuar Ramli dari Briged Sarawak PGA juga menerima Sijil Penghargaan setelah merekodkan kejayaan dengan rampasan dadah bernilai melebihi RM1.79 juta dalam Op Benteng Covid di ICQS Tebedu, Inspektor Nicodemus Brankin dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D4 yang menumpaskan 10 sindiket jenayah harta benda, Inspektor Thomas Untol dan Sarjan Syafiee Rosi dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak atas penahanan seorang lelaki dengan rampasan keseluruhan dadah bernilai melebihi RM330 ribu.

Hadir sama, Pengarah JKDNKA (PGA) DCP Datuk Kasuahdi Ali, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard DCP Sulaiman Yahaya, Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran) SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua JSJ Sarawak, SAC Lucas Aket, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Sarawak SAC Gilberd Philip Layang, Ketua Cawangan Khas Sarawak SAC Hairuddin Che Hamid dan Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am SAC Saini Bongkek.


utusanborneo.com.my/2021/10/25


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.316367 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list