CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1512|Reply: 17

[Sarawak] Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia

[Copy link]
Post time 31-10-2021 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 31-10-2021 11:00 AM


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.

Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Masing turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan.

Berusia 72 tahun pada 5 Mac lalu, Masing dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 28 September sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.

Pada minggu lalu, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu, pada 31 Mei, adiknya Jantai Masing juga meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19.

Masing yang merupakan graduan Victoria University mula terlibat dalam politik pada 1983 apabila menjadi ADUN Baleh atas tiket Parti Bansa Dayak Bersatu.

Sejak itu, beliau bertahan di kerusi tersebut selama sembilan penggal, termasuk tiga penggal atas lambang PRS.

Antara jawatan yang pernah dipegang beliau sebelum ini adalah sebagai Menteri Kemajuan Tanah, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan.

Difahamkan, mayat mendiang akan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak sebentar lagi untuk urusan bedah siasat.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 10:45 AM | Show all posts
R.I.P ...

Jasa mu akan di kenang ... terutama nya dalam mempercepatkan penerimaan vaksin untuk warga Kapit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 10:55 AM | Show all posts
‘Sarawak kehilangan seorang pemimbin berwibawa’ – Abdul Karim

KUCHING, 31 Okt: Sarawak kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

Demikian luahan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah susulan pemergian mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Katanya, mendiang merupakan Timbalan Ketua Menteri yang dihormati setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kepimpinan beliau terserlah sepanjang penglibatan dalam bidang politik terutamanya dalam memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat di luar bandar.

“Selama tempoh perkhidmatan dalam kerajaan negeri Sarawak sebagai wakil rakyat dan ahli kabinet negeri, mendiang telah banyak membawa perubahan kepada rakyat di luar bandar khasnya di Kapit,” katanya dalam satu kenyataan.

Malahan tambah Abdul Karim, fokus perkhidmatan dan sasaran yang telah diusahakan mendiang adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat.

“Hasil titik peluh mendiang begitu cemerlang sehingga menjadi contoh tauladan terbaik kepada pemimpin seangkatan dan juga pewaris kepimpinan yang akan datang,” ujarnya.

Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak kira-kira pukul 7.05 pagi Ahad.

Sebelum ini, Masing yang juga Presiden PRS telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas kerana disahkan positif COVID-19 sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah Sarawak untuk rawatan susulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 10:56 AM | Show all posts



Pemergian Tan Sri James Masing satu kehilangan besar buat Sarawak- Dr Sim

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian antara yang terawal menitipkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing.

“Semoga rohnya tenang dan diberkati.

“Sarawak telah kehilangan seorang anak jati Sarawak yang telah memperjuangkan dan berkhidmat untuk Sarawak sepanjang hayatnya. Saya sangat beruntung menjadi rakan sekerjanya dan sahabatnya yang mana beliau banyak berkongsi kebijaksanaan melalui jenaka dan kemesraan beliau,” kata Dr Sim di laman Facebook beliau.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 10:58 AM | Show all posts
James Jemut pemimpin yang menyatukan rakyat Sarawak – Alexander Nanta Linggi

KUCHING, 31 Okt : Berita kematian Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Sarawak.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana mendiang telah memberi sumbangan penting kepada pembangunan negeri ini selain dikenali sebagai pemimpin yang telah menyatukan rakyat Sarawak.

Sambil menzahirkan ucapan takziah, Alexander Nanta yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan berkata, beliau secara peribadi amat terasa kehilangan sahabat yang telah lama dikenalinya itu kerana mereka berdua berasal dari Kapit.

” Beliau akan dirindui oleh kita semua dan pastinya telah menjadi inspirasi di kalangan kaum Dayak. Saya menganggapnya sebagai mentor dalam bidang politik walaupun kami berjuang menerusi parti yang berbeza,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

James Jemut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh dilaporkan meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas positif COVID-19.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Mengenang detik bersama mendiang, Alexander Nanta berkata, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu sering menghubunginya dan sekiranya mempunyai masa terluang, mereka akan bersarapan bersama -sama dan banyak membincangkan soal Kapit dan negeri ini.

” Saya pastinya terasa kehilangnya dan ingin mengambil peluang ini mengucapkan takziah kepada keluarga Mendiang. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangannya selama ini,” katanya. -TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 10:59 AM | Show all posts
Pemidang Tan Sri James Jemut Masing pengelenyau besai ke Sarawak

KUCHING, 31 OKTOBER:  Sapit Kepala Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing udah nadai urung pukul 7:05 pagi tadi.

Kena  28 September ke udah, Masing ke beumur 72 taun dipasuk ke Unit Intu Siru  (ICU) Sepital Besai Sarawak (HUS) sepengudah ditetapka positif COVID-19.

Presiden Parti Rakyat Sarawak nya dipasuk ke ICU HUS sepengudah ditetapka positif COVID ba bulan siti nyin suba.

Kelimpah ari nya, Masing diripotka udah nerima dua dos vaksin COVID-19.

Kena 31 Mei ke udah, madi lelaki iya, Jantai Masing, 68, mega nadai ketegal COVID-19 , sehari sebedau pengerami Hari Gawai.

Maya nya, Masing madahka madi iya nya ulih gerai enti sema udah nerima tuchuk  vaksin COVID-19 laban anak Jantai, Kudi,  ke ngibun apai iya udah nerima vaksin.

Masing ada kena 5 March 1949.

Iya ngembuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ari Victory University, Australia berengkah nelebaka diri ba dalam bidang politik taun 1986 nengah Parti Bansa Dayak.

Ba taun 2004, Masing numbuhka Parti Rakyat Sarawak (PRS) iya nya siti parti ba baruh Barisan Nasional sebedau nyereta Gabungan Parti Sarawak pada 2018.

Ba Pengawa Bepilih Nengeri (PRN) Sarawak taun 2016, iya mujur ngenan kerusi DUN Baleh lebuh menang besai enggau majoriti 4,793.

Maya nya iya mujur bulih undi 5,272 ti dibanding enggau Agop Linsong ari DAP ke semina bulih 479 undi.

Ba PRN 2011, Masing mega menang besai ba kerusi nya lebuh bulih 5,452 undi ngalahka pengari Pakatan Rakyat iya nya Bedindang Anak Manjah enggau majoriti 3,898.

Niang berengkah nyereta Perintah Sarawak ba taun 2011 lebuh dichiri nyadi Menteri Pemansang Tanah nyentuk ke taun 2016.

Sepengudah PRN 2016, iya diberi tanggungpengawa baru ke lebih besai iya nya nyadi Sapit Kepala Menteri.

Kelimpah ari nya, Masing  kala megai sekeda potfolio bukai iya nya Menteri Pemansang Infrastrakcha enggau Perengka Pengangkut.

Ba taun 2017, iya nyadi  Menteri Infrastrakcha enggau Pemansang Penyangkai Sarawak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-10-2021 06:21 PM | Show all posts
Daripada : Ketua Menteri Sarawak


“Saya mengucap takziah kepada keluarga Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing. Beliau adalah seorang rakan dalam kerajaan yang telah banyak memberi sumbangan dalam kita menguruskan Negeri kita, lebih-lebih lagi beberapa idea beliau semenjak beliau menjadi ahli kabinet di bawah Tun Pehin Sri Taib, di bawah arwah Tok Nan dan juga dengan saya. Sumbangan beliau begitu tinggi sekali dan saya berasa amat sedih di mana pagi tadi beliau telah menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sudah tentu merasa kehilangan yang besar sebagai seorang rakan dan juga seorang ahli kabinet yang telah banyak menyumbang lebih-lebih lagi kepada masyarakat luar bandar dan masyarakat Dayak di mana kita sama-sama dapat mempunyai dasar yang seimbang kepada semua kaum. Jadi saya mengucap takziah kepada keluarga beliau.”





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 06:24 PM | Show all posts
Daripada : Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 06:25 PM | Show all posts
Daripada : YB Abdullah Haji Saidol Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Hal-Ehwal Koporat Dan UKAS)

Anak Jati Sarawak yg berjiwa besar.. berjasa..respected nationalist..senior leader & experience politician..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 06:28 PM | Show all posts
Daripada : Datuk Ali anak Biju Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Deepest condolences to Puan Sri Datin Amar Dato’ Corrine Masing and the family of the late Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing over the passing of their loving husband and father.

May the Lord give comfort and peace to his family members at this time of grief.

May his soul rest in peace.











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 08:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2021 06:55 AM | Show all posts
UPACARA PENGHORMATAN TERAKHIR MENDIANG TAN SRI DR JAMES MASING PADA 3 NOVEMBER INI

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Tan Sri Dr. James Jemut Masing, 72, telah disahkan meninggal dunia pada jam 7. 05 pagi ini di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini.

Sehubungan itu, upacara memberi penghormatan terakhir akan diadakan di Association of Churches in Sarawak, Jalan Stampin, Off Jalan Laksamana, pada Rabu, jam 8.30 hingga 9.30 pagi untuk orang kenamaan dan dikuti sesi untuk orang awam mulai 9.30 pagi hingga 2.00 petang.

Tempat akan diumumkan kemudian.
Orang ramai yang datang dinasihati untuk berpakaian kemas dan juga dinasihati untuk menjalani Ujian RTK.

Mendiang Tan Sri Dr James Masing meninggal akibat komplikasi jantung dan Ujian Covid 19 beliau yang terakhir adalah negatif.

Jenazah beliau akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching, selepas selesai upacara penghormatan terakhir.

Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri Dato Corrine Masing serta empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2021 07:09 AM | Show all posts
Najib rakam kesedihan, ucapan takziah atas pemergian James Masing



Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak menzahirkan rasa sedih menerima khabar duka atas pemergian  Timbalan Ketua Menteri Tan Sri  Dr James Jemut Masing pagi tadi.  Mendiang berusia 72 tahun.

Najib berkata melalui Facebooknya,  pemergian Masing merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat negeri Sarawak.

Beliau turut menyifatkan Masing sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Sepanjang saya mengenali beliau, banyak cadangan yang dikemukakannya untuk membantu pekebun kecil di sektor komoditi di Sarawak. Semoga keluarganya tabah menghadapi saat duka ini,” katanya lagi.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof  berkata, beliau bersedih menerima perkhabaran duka ini.

“Sesungguhnya Sarawak kehilangan seorang pemimpin veteran yang berwibawa, komited dan penuh berpengalaman,” katanya dalam catatan di Facebooknya.

“Beliau juga telah banyak berjasa kepada rakyat Sarawak khususnya dan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri,” katanya lagi.

“Pemergian belia satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Sarawak, malah kepada Malaysia secara umumnya,” katanya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong turut berdukacita atas pemergian Masing.

Katanya, Sarawak  kehilangan seorang pemimpin yang hebat dan beliau berdoa agar mendiang bersemadi dengan aman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2021 04:33 PM | Show all posts
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib hadir memberi penghormatan terakhir di kediaman Timbalan Ketua Menteri, mendiang Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing sebentar tadi.

Kredit: Berita RTM Sarawak















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2021 03:37 PM | Show all posts
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini, antara yang hadir memberi upacara penghormatan terakhir kepada mendiang Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pada Ahad lalu.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Isteri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang tiba pukul 9 pagi di Christian Ecumenical Worship Centre, Association of Churches in Sarawak,  2701, Lorong 10, Jalan Stampin Kuching.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2021 03:38 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2021 03:46 PM | Show all posts
Jasa dan pengorbanan mendiang James Masing tidak akan dilupakan

KUCHING, 3 November: Jasa dan pengorbanan mendiang Tan Sri James Jemut Masing dalam merancakkan segala pembangunan di kawasan DUN Baleh tidak akan dilupakan.

Naib Pengerusi Parti Rakyat Sarawak bahagian Baleh, Bakat Gira berkata, antara jasa mendiang adalah dalam melaksanakan pembinaan sekolah, jalan raya bagi menghubungkan penduduk di kawasan itu, serta projek pembangunan yang lain.

Tegasnya, mendiang memiliki suatu pandangan jauh dalam membangunkan Sarawak di mata dunia seperti usaha yang dilakukan sebelum ini iaitu membina empangan Baleh seterusnya membantu merancakkan sektor ekonomi.

Beliau berharap agar sesiapapun yang bakal menggantikan mendiang nanti akan meneruskan segala perjuangan dan perancangan yang telah diatur setakat ini khususnya di kawasan Baleh agar kesejahteraan boleh dinikmati rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara penhormatan terakhir mendiang yang di sebuah gereja dekat Kuching, hari ini.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2021 03:47 PM | Show all posts
Pemimpin masa depan harus contohi Tan Sri James Masing

KUCHING, 3 November: Para pemimpin masa depan diharap dapat mencontohi keperibadian dan keberanian yang ada dalam diri mendiang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang Abun Sui Anyit berkata, pihaknya turut merasai pemergian mendiang sebagai seorang tokoh politik yang berwibawa dan memperjuangkan hak rakyat.

Jelasnya mendiang telah melakukan yang terbaik semasa hidupnya selaku seorang wakil rakyat dan pemimpin di dalam kerajaan negeri khasnya di kawasan DUN Baleh dan seluruh negeri Sarawak.

Katanya, beliau berharap pihak kerajaan ataupun para pemimpin masa hadapan dapat mencontohi sikap kepimpinan mendiang yang sangat mengambil berat tentang keperluan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara penghormatan terakhir mendiang yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak di sebuah gereja dekat Kuching, hari ini.

Abun Sui turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan berharap mereka dapat menempuhi dugaan tersebut dengan tabah.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071903 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list