View: 1222|Reply: 1
|
[Sarawak]
Udang krai tembusi pasaran antarabangsa
[Copy link]
|
|
![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/11/IMG-20211030-WA0022-1068x713.jpg)
Pengeluaran udang krai / crayfish secara komersial semakin mendapat permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Demikian jelas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah semasa lawatannya ke tapak projek penternakan udang krai Tian Yen Entreprise di Tarat.
Menurut beliau, udang krai mendapat permintaan yang tinggi kerana perusahaan itu berpotensi untuk dikembangkan, sejajar dengan permintaan yang semakin banyak.
“Tien Yen Entreprise merupakan salah sebuah syarikat pengeluar udang krai yang telah meraih populariti sejak enam bulan beroperasi.
“Malah syarikat ini telah mengeluarkan udang krai yang sedia dipasarkan dengan berat 600 gram seekor,” ujar beliau.
Dalam lawatan beliau semalam di tapak projek perintis penternakan udang karang milik Thian Yen Akuakultur Sendirian Berhad, Tarat, beliau sekali lagi menyatakan kekagumannya melihat perkembangan syarikat itu.
“Syarikat ini sudah berupaya mengeluarkan udang karang bersaiz komersial berusia empat bulan.
“Malah mereka telah berjaya memindahkan udang krai dari tangki ke dalam kolam,” jelas beliau semasa lawatan tersebut. Justeru, beliau berhasrat akan menyediakan kolam baharu.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|