View: 1220|Reply: 1
|
[Sabah]
Tiada laporan polis dibuat, polis nafi kejadian rogol di Kota Marudu
[Copy link]
|
|
KOTA MARUDU: Orang ramai khususnya pengguna media sosial diminta menghentikan penyebaran maklumat berhubung satu hantaran yang tular berkaitan kejadian rogol di pekan ini.
Ketua Polis daerah Kota Marudu Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, tidak ada laporan polis diterima berhubung kejadian terbabit.
Sehubungan itu katanya, pihak polis meminta netizen agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hantaran yang tular itu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam.
"Hantaran yang tular sejak semalam menerusi Facebook dan WhatsApp ini tidak diketahui sumbernya termasuk siapa identiti penulis, tarikh dan masa penulisan dibuat yang menyatakan berlaku satu kejadian rogol melibatkan seorang gadis berumur 18 tahun di hadapan Bataras Pekan Kota Marudu.
"Kejadian terbabit dikatakan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata parang yang menggunakan sebuah kenderaan berwarna hitam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut menafikan perkara itu dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, sila tampil untuk membuat laporan polis.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PENGESAHAN BERKAITAN SATU POSTING TULAR BERLAKU KEJADIAN ROGOL DI PEKAN KOTA MARUDU.
Terkesan 1 posting sedang tular di media sosial berkaitan 01 kejadian rogol berlaku di Pekan Kota Marudu. Posting yang tidak diketahui sumbernya seperti identiti penulis, tarikh dan masa penulisan dibuat menyatakan berlaku satu kejadian rogol melibatkan 1 wanita berumur 18 tahun di hadapan Bataras Kota Marudu. Kejadian katakan dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata parang menggunakan kenderaan proton saga warna hitam.
Polis Daerah Kota Marudu ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian ini. Pihak polis juga ingin menasihatkan supaya nitizen menghentikan penyebaran posting tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya boleh menimbulkan kegusaran awam. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan, sila tampil untuk membuat laporan polis.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|