View: 1132|Reply: 0
|
[Borneo]
Harga siling kit ujian Covid-19 ambil kira kepentingan pengguna, peniaga
[Copy link]
|
|
Paras harga siling baharu bagi kit ujian kendiri Covid-19 yang akan diumumkan dalam masa terdekat, ditentukan dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kepentingan pengguna dan peniaga.
Lapor Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini berikutan ada peniaga yang perlu mengimport kit ujian kendiri tersebut dari negara lain.
“Kita akan turunkan (harga siling) ke satu tahap. Buat masa sekarang tak boleh umum kerana kita perlu meneliti secara menyeluruh supaya adil untuk semua pihak.
“Justeru kita tengok paras (harga siling) boleh letak untuk memastikan pengguna boleh membeli mengikut kehendak dari segi jenama dan kualiti di mana mereka boleh membuat pilihan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada pelancaran penjualan kit ujian kendiri Covid-19 bawah paras RM10 seunit dan tinjauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021 di Gateway @ KLIA2 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Alexander berkata, sehingga 28 Oktober lalu, sejumlah 2,570 premis perniagaan di seluruh negara telah diluluskan untuk menjual kit ujian kendiri Covid-19.
“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 494 premis berada di bawah pengurusan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. termasuk lokasi yang di Aras 1, Gateway @ KLIA2.
“Selain perluasan lokasi penjualan kit ujian kendiri Covid-19 ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) amat menggalakkan semua premis perniagaan tersebut menjualnya pada harga lebih kompetitif tanpa perlu merujuk kepada sebarang penentuan paras harga yang baharu,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, KPDNHEP mengambil maklum harga seunit yang ditawarkan oleh pasar raya dan kedai serbaneka adalah serendah RM6.90.
“Ini tentunya satu berita yang sangat baik pada pengguna pada situasi hari ini. Khusus untuk rangkaian kedai serbaneka KK Supermart, KPDNHEP mengambil maklum harga jualan seunit kit ujian kendiri Covid-19 ialah RM6.60 dan ia adalah lebih rendah berbanding harga RM6.90,” katanya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|