Julia Pastrana dilahirkan di kawasan pergunungan Sinaloa, Mexico pd thn 1834. Sejak bayi lg, Julia menghidap sejenis penyakit genetik di mana seluruh badannya ditumbuhi bulu, kecuali tangan dan tapak kakinya.
Penyakit tersebut dikenali sbg “hypertrichosis terminalis”. Selain itu, dia juga menghidap penyakit gingival hyperplasia yg menyebabkan hidung, telinga, bibir dan gusinya menjadi besar drpd saiz normal. Julia turut mempunyai bulu kening yg sgt tebal dan gigi jarang.
Oleh kerana sejarah awal hidupnya agak samar, maka terdpt pelbagai versi berkenaan asal usul dan zaman kanak2nya. Salah satunya, Julia adalah penduduk asli Amerika iaitu dari kaum Digger Indian yg kononnya menyerupai ‘monyet’. Dikatakan seorg wanita bernama ‘Pn Espinosa’ diculik oleh org Digger Indian ini dan dikurung di dlm sebuah gua bersama Julia yg masih kecil. Apabila Pn Espinosa berjaya melepaskan diri, dia juga melarikan Julia bersama2nya.
Satu lg versi, Julia dikenali sbg ‘wanita serigala’ di kampungnya. Apabila kedua2 ibu bapanya meninggal dunia, dia dijual ke sebuah sarkis oleh bapa saudaranya.
Apapun, kedua2 versi menceritakan Julia Pastrana pernah tinggal dan bekerja sbg org gaji di rumah Gabenor Sinaloa waktu itu, Pedro Sanchez sehingga thn 1854.
Seorg pegawai kerajaan, Francisco Sepúlveda membeli Julia dan membawanya ke Amerika Syarikat. Di negara asing itu, Julia dikerah sbg penghibur dan dipamerkan sbg ‘makhluk’ aneh di bwh pengurusan JW Beach.
Di sebalik rupa fizikalnya itu, Julia adalah seorg wanita yg lemah lembut dan baik hati. Dia juga sorg yg bijak dan rajin. Ini dibuktikan dgn bagaimana dia berjaya menguasai tiga bahasa termasuk Bahasa Inggeris. Julia turut dikenali sbg sorg yg peramah, pandai memasak dan menjahit.
Tidak lama selepas dia mencapai populariti, Julia mengahwini Theodore Lent – yg juga berperanan sbg pengurusnya. Mereka berkahwin secara rahsia di Baltimore, Maryland. Bg Julia mereka berkahwin atas dasar cinta. Namun tanpa wanita itu sedari, dia berterusan dieksploitasi oleh suaminya sendiri.
Pada 1857, mereka melakukan kembara pertunjukan ke Eropah. Ketika di London, Lent mula mengiklankan isterinya - Bayaran tiket dikenakan kpd sesiapa yg ingin makan tengah hari bersama “Wanita Beruang”. Media menggambarkan Julia Pastrana sbg “wanita yg amat jelas berketurunan Negro, bukannya Mexico ‘bagai digembar gemburkan’. Mempunyai paras rupa yg pelik tp menyedihkan.” Para wartawan terkejut apabila melihat Julia secara dekat, mereka menyedari dia adalah manusia, bukannya monyet atau beruang spt yg diwarwarkan oleh suaminya.
Poster yg berbeza tp gambar Julia yg sama digunakan utk iklan dramanya di Jerman
Pada thn yg sama, Julia membintangi drama yg ditulis khas utknya di Leipzig, Jerman. Dlm poster promosi, dia ditunjukkan dlm imej radikal kulit hitam waktu itu dgn bibir tebal yg diwarnakan merah.
Namun, persembahan dramanya itu mendapat reaksi yg negatif. Penonton Jerman berasa jijik dan ramai meninggalkan teater di pertengahan jalan cerita. Ada yg mula bertindak agresif dan merusuh, sehingga polis terpaksa masuk campur utk meredakan keadaan dgn memberhentikan persembahan.
Julia Pastrana mendapati dirinya hamil pd thn 1859. Ketika berada di Moscow, Rusia, Theodore Lent menjual tiket kpd org ramai yg berminat utk menyaksikan isterinya melahirkan anak.
Wanita tersebut melahirkan seorg anak lelaki pd Januari 1860. Namun bayi malang itu meninggal dunia dua hari kemudian akibat penyakit yg diwarisi drpd ibunya, hypertrichosis. Julia pula menyusul selang tiga hari selepas kematian anaknya. Dia meninggal pd usia 26thn kerana komplikasi kelahiran.
Theodore Lent kemudian menjual mayat Julia dan anak mereka kpd Professor Sukolov dari Moscow University. Sukolov pula mengawet kedua2 mayat anak beranak itu menggunakan campuran teknik taxidermy dan bahan kimia. Setelah itu, dia mempamerkan Julia dan bayinya di khalayak ramai sbg ‘mumia’.
Sebaik saja, Lent mendapat tahu keuntungan yg diperolehi oleh Sukolov, dia dgn segera menuntut kembali kedua2 mayat itu. Apabila dia berjaya mendapatkan semula anak dan isterinya, Lent pula mempamerkan ‘mumia’ mereka di dlm peti kaca.
Ketika dlm kembara pameran ‘mumia’ di seluruh Eropah, Lent bertemu dgn Marie Barkel, seorg gadis yg menghidap penyakit yg sama spt mendiang isterinya. Lelaki durjana itu mengahwini Marie dgn harapan akan mendapat keuntungan sama spt yg diperolehinya ketika bersama Julia. Selepas berkahwin, Lent menukar nama isteri keduanya kpd Zenora Pastrana dan menyebarkan kisah yg kononnya Marie adalah adik kpd Julia. Akhirnya lelaki tersebut menjadi kaya hasil drpd perbuatan kejinya itu.
‘Mumia’ Julia dan bayinya menjadi tontonan org ramai sehinggalah Theodore Lent jatuh sakit mental dan dihantar ke sebuah hospital sakit jiwa di Rusia. Dia meninggal dunia di situ pd thn 1884.
'Mumia' Julia dan anaknya
Selepas itu tidak diketahui siapa yg memiliki mayat anak beranak tersebut, tp apa yg pasti kedua2nya dipamerkan sekali lg bermula thn 1921 di Norway. Kemudian di bbrp buah muzium, sarkis dan taman tema di sekitar US dan Eropah.
Namun, ketika jasad Julia dan bayinya tiba di Sweden pd 1972, ramai yg memprotes dan menganggap pameran mayat mereka sbg tidak berperikemanusiaan. Maka, mayat kedua2nya disimpan di dlm stor. Walau bagaimanapun, pd thn 1976 stor penyimpanan diceroboh dan mayat bayi Julia dirosakkan oleh penceroboh. Seterusnya, mayat si anak dimakan tikus hingga tidak dpt diselamatkan.
Kisah sedih jasad anak beranak Julia Pastrana tidak terhenti di situ saja. Pd thn 1979, mayat mereka dicuri dan kemudian jasad wanita itu ditemui oleh polis dlm keadaan dipotong2 di tempat pembuangan sampah. Mayat anaknya pula tidak ditemui.
Berikutan kejadian itu, Julia disimpan di gudang penyimpanan Institute of Forensic Medicine, Oslo University. Pd thn 1994, pihak Senat Norway mengusulkan utk mengebumikan jasad Julia tetapi Kementerian Sains memutuskan bahawa mereka yg akan menyimpannya agar para saintis dpt menjalankan pelbagai kajian dan ujian ke atas mayat Julia.
Pada tahun 2005, seorang artis seni Mexico, Lauren Anderson Barbata memulakan petisyen utk membawa balik mayat Julia ke negara asalnya. Baginya, Julia berhak mendapatkan kembali martabat dan hak manusianya, serta menempatkannya dlm sejarah dan ingatan dunia.
Selama 153thn selepas kematiannya, pd thn 2013, Julia Pastrana akhirnya dikebumikan di tanah perkuburan Sinaloa de Levya, bandar yg dekat dgn tempat kelahirannya. Pengebumiannya diadakan dlm upacara Roman Katolik dan disaksikan oleh beratus2 org. Datuk Bandar, Saul Rubio Ayala menyatakan bahawa Julia sudah ‘pulang’ ke kpg halamannya dan secara simbolik bagai ‘dilahirkan’ semula, tp kali ini sbg seorg manusia yg sewajarnya.
Post time 5-11-2021 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sedihnya cerita, nasib baik mati muda
Kalau jadi pameran sampai ke tua lagi sedih
Yg offer dah sah2 jahat tapi takkan berakhir selagi masih ada orang nak bayar
Kenapa nak diskriminasi hanya sebab orang tu berbeza *sigh*
Post time 5-11-2021 05:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Btw dani, ada tengok Netflix pasal 11 sekeluarga di India gantung diri kerana ritual gone wrong?
Apatah tajuk dia, Brurary Death ka apatah
Menarik jugak cerita dia
mula2 ai dpt tahu kisah ni thn lepas kat yt, channel Lazy Masquerade. tp cara penceritaan mcm kematian dia org ada unsur2 paranormal - ye la 11 org mati, 11 diari dan 11 thn sejak atuk/patriarch dia org mula 'berhubung'. Padahal kebetulan sajork. Doku kat Netflix pulak kupas semua sudut, dan ai percaya kes nih simple jah: murder-suicide. bak kata org, konsep occam's razor. kadang2 jawapannya plain and simple jah, tak perlu buat assumptions yg berlebihan. tp kesian dgn budak2, jd mangsa - takda pilihan, terpaksa ikut cakap org2 yg lebih tua, yg ada gangguan jiwa pulak tuh
Post time 6-11-2021 07:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dani-rox replied at 5-11-2021 11:07 PM
hai sis spankee
first day keluar, terus ai tengok
Bila iols tengok je cerita tu terus teringat kat dani sebab uols minat unsolved / unexplained murder ni
Iols sekarang kalau tengok pokok besar yg ada akar tali berjuntai terus teringat kes ni
I wonder yg si Lalit tu memang ada mental illness or syaitan involvement for real
Tapi based on diary tu macam semua kena jaga hati Lalit anak beranak, drama queen sangat
Betapa hauknya polis India handle kes sampai crime scene tempered macam rumah kenduri dah
ai rasa lah kan... bila org tinggal bersama esp. korga, susah senang sama2, byk berahsia etc lebih mudah terdedah dgn sharing delusions. mula2 sorg yg mengalami psikosis, pastuh sikit demi sedikit family members pun terikut2.
satu kes family cult yg lebih kurang sama, Frank the Prophet/Alexander family. Fanatik agama, delusion sekeluarga dan hubungan incest bercampur aduk. Last2 si anak sembelih mak dan adik beradik pompuan, sambil si bapak main organ. Si emak dan anak2 pompuan tu tak melawan langsung, malah redha jah dibunuh.
Baby Pastrana (i called baby Pastrana not Lent sebab bapak dia laki tak guna!) was so cute.. and yes, baby ni ada feature like black people as what the media claimed of Julia Pastrana..
Julia Pastrana pulak eventhough dah meninggal, she looked innocent n calm macam tengah tido..
bila dok sama2 dgn org yg ada delusions, pastu berjangkit kpd org lain, namanya shared psychotic disorder, [size=15.9991px]folie à deux (madness shared by two).
[size=15.9991px]
Imposed psychosis = psychotic individual transmits the delusion to someone who is mentally sound
Communicated psychosis = the delusional ideas are transmitted from the primary partner to the secondary partner. the secondary partner resists those ideas for awhile, and then they adopt a system containing - not only the original delusions but additional delusional ideas that are produced by the secondary partner aligned w/ their personality
yg 1st tu mcm kes Burari di India
2nd plak, mcm kes Papin sisters, sharing and feeding each other's psychotic disorder
Papin sisters tu ai dah bg link post dari thread unsolved mysteries ai kat bod paranormal Burari tu kalau ai rajin ai share kat sini, mungkin kes lain yg jarang org dengar - sejujurnya ai paling minat obscure cases.
sis Tinot, kena kuatkan hati dan skeptikal sket dgn dakyah2 org sekeliling. takut terjerumus dlm folie a deux. kadang2 org yg mentaliti lemah mudah susceptible wpun sekadar sharing ideals melalui online, tengok dlm porem pun dah cukup. zaman sekarang org bina cult melalui internet jah, hati2 ok.
Post time 11-11-2021 09:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sedihnya kehidupan Julia, mati pun muda
laki dia si theodore tu hrp rot in hell, jahat sgt tp dpt gak balasan kt dunia
hanya muka berbeza dgn manusia biasa terus diperlakukan sprt tu
iols tak suka baca psl mende2 nih ekceli.. dolu2 masa kecik2 suka la psl unsolved mysteries ka, kes pembunuhan ka, benda2 mcm nih.. tapi citer2 menyayat hati mcm nih mmg iols avoid at all costs... nak tgk drama, pi tmpt keje jahh..
iols kuat walopon peyut buncit.. tengkiu sbb looking out for me.. iols feel so lapped giteww.. haha
You're welcome
ai pernah di diagnosed tak brp nak sihat~ kat otak dan ambik masa gak lah nak jd normal balik (normal la sgt )
memang seksa kena penyakit yg kita tak bole control esp tang mental. so kalau boleh elakkan ppl and dark thoughts messing with your head... psikosis, delusional etc. yup, boleh dirawat tp silap2 bole sampai ke tahap hospitalized. dan sesiapa yg terjebak dgn cult dan ideologi sesat, terpaksa menjalani deprogramming therapy utk 'cuci' balik otak. Biarlah org nak kata apa kalau kita skeptikal, bak kata ejen FBI Dana Scully: "The truth is out there, but so are lies."
semua org voley jatuh sakit.. antara sembuh ataupun tak jahh.. dan antara cepat sembuh ka lambat..
it's ok kalau sakit asalkan dpt rawatan. harap2 hang pi jumpa pakar setiap kali perlukan rawatan.