CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 0

[Sabah] Tawaran 50 peratus saman di semua IPD di Sabah

[Copy link]
Post time 2-11-2021 09:52 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melancarkan tawaran diskaun 50 peratus di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Superintendan Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata tawaran terbabit turut berkuat kuasa di IPK Sabah bermula 1 higga 12 November depan.

Katanya pengurangan ini adalah bagi meringankan bebanan orang ramai dalam menjelaskan bayaran saman.

“JSPT memahami kekangan kewangan masyarakat sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Bagi meringankan bebanan ini, JSPT  menawarkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman terpilih,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pemberian diskaun saman adalah tidak terpakai kepada kesalahan tidak patuh lampu isyarat merah, lorong kecemasan, memotong kenderaan secara merbahaya serta memotong di garisan berkembar.

“Antara kesalahan lain yang tidak termasuk dalam pemberian diskaun adalah membabitkan kemalangan, kesalahan yang masih dalam perbicaraan, kesalahan tidak boleh kompaun (non-compound), kesalahan berkaitan lori serta kesalahan pengubahsuaian ekzos,” katanya.

Beliau berkata pembayaran dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang dan orang ramai yang ingin berurusan di kaunter diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.


utusanborneo.com.my/2021/11/02

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.142780 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list