CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 1

[Sabah] Tempoh kuarantin pengembara antarabangsa ke Sabah dikurangkan

[Copy link]
Post time 2-11-2021 09:56 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan pengurangan tempoh kuarantin untuk pengembara luar negara yang memasuki pintu masuk antarabangsa di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, ianya kepada mereka yang lengkap dos imunisasi atau belum lengkap.

"Pengembara warganegara dan bukan warganegara dari luar negara yang tiba di pintu masuk antarabangsa boleh dipertimbangkan untuk menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari bagi yang telah lengkap vaksin COVID-19.

"10 hari kuarantin bagi yang tiada atau tidak lengkap vaksin COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Di samping itu katanya, pengembara yang lengkap vaksin boleh dipertimbangkan untuk menjalani kuarantin di rumah jika bersesuaian.

Dalam pada itu katanya, Sabah merekodkan sejumlah tujuh lagi kematian baharu COVID-19 pada 1 November 2021.

"Dua kes berlaku di Tawau, manakala masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kuala Penyu, Kudat, dan Lahad Datu," katanya.

Menurutnya, bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 602 menjadikan jumlah kumulatif 207,601 orang.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat sejumlah 1,867 pesakit sedang menerima rawatan di seluruh negeri.


utusanborneo.com.my/2021/11/02

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 09:59 PM | Show all posts
x vaxx bleh p sabah ye...kuarantin 10 hr + saman 2k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.056159 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list