BINTULU: Sebuah kereta musnah terbakar berhampiran restoran makanan segera di sini, petang tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 5.15 petang itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.20 petang.
“Pasukan bomba bertindak memadam api dengan menggunakan teknik pemadaman satu aliran dengan menggunakan air daripada jentera.
“Operasi turut dibantu enam anggota polis dan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan seorang wanita berusia 26 tahun terselamat dalam kejadian berkenaan.
Setelah memastikan keadaan selamat dan api padam sepenuhnya, pasukan Bomba bertolak balik ke balai.
https://suarasarawak.my/2021/11/kereta-musnah-terbakar/
|