CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 0

[Sarawak] Mayat mangsa perahu karam dijumpai

[Copy link]
Post time 2-11-2021 10:34 PM | Show all posts |Read mode


Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

SONG: Mayat seorang lelaki yang hilang dalam tragedi perahu karam di Jeram Giam, Ulu sungai Katibas di sini pada Ahad lepas, dijumpai hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song Rashid Songli berkata, mayat Tataw Najong, 69, dijumpai terapung dan tersangkut pada dahan pokok di Lubok Mawang, Batu Ladong, kira-kira lima kilometer dari lokasi perahu karam.

Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat hari ini diteruskan kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, seramai enam anggota bomba dari BBP Song terlibat dalam operasi tersebut yang turut dibantu tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 10 orang awam.

"Setelah mendengar taklimat dari pihak PDRM berkenaan dengan operasi SAR hari keempat, pasukan penyelamat memulakan gerakan mencari dan menyelamat bermula dari Nanga Sungai Katibas bergerak ke lokasi kejadian.

"Dalam perjalanan menuju ke lokasi kejadian, pihak bomba dimaklumkan mayat mangsa telah dijumpai," katanya semasa dihubungi tadi.

Rashid berkata, bertindak atas maklumat, ahli keluarga yang dimaklumkan mengenai penemuan itu kemudian di bawa ke lokasi untuk proses pengecaman.

Ujar beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi SAR ditamatkan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dalam kejadian pada Ahad, sembilan selamat manakala seorang hilang dikhuatiri lemas apabila perahu panjang dinaiki mereka karam di Jeram Giam, Ulu sungai Katibas di sini.

Kejadian malang itu dipercayai berlaku sekitar jam jam 10 pagi itu ketika sedang dalam perjalanan ke pekan Song.

Bagaimanapun, setelah hampir sejam perjalanan, perahu yang dinaiki mereka dimasuki air lalu dan terbalik.

Kesemua mangsa yang terselamat dibawa ke SK Nanga Selibut manakala mangsa yang sempat berpaut pada belakang perahu terbalik hanyut dibawa arus deras sebelum hilang dari penglihatan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.


utusanborneo.com.my/2021/11/02

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.241207 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list