View: 571|Reply: 0
|
[Borneo]
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 dibentangkan
[Copy link]
|
|
![](https://scontent.fkul11-2.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/s600x600/252267175_144406381247025_2604004481364118135_n.jpg?_nc_cat=105&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=7yThORs2F3IAX8Yw7Wc&_nc_oc=AQkGZxpjZGvTxVKa6OmzhDiuqEC2eHoeNGBu_Jvb0ndEWPtAnUMgZqDvdGaXAFyawIs&_nc_ht=scontent.fkul11-2.fna&oh=4e3455f9dfb1451e2660dc92c9808400&oe=61A8A7E2)
3 Nov (Bernama) -- Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat antaranya untuk memasukkan negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri-negeri Borneo.
Rang Undang-Undang bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan itu dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:
(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan
(b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Pindaan juga dicadang pada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|