View: 683|Reply: 6
|
[Borneo]
Selamat Menyambut HARI DEEPAVALI
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/deepa_1635953452.jpg)
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.
Ucapan Seri Paduka berdua dimuat naik menerusi hantaran di akaun Facebook Istana Negara, malam ini.
"Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Hindu," menurut hantaran itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut mengutuskan ucapan sama kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.
Beliau berharap perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.
"Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.
"Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini.
"Selamat Menyambut Hari Deepavali, Deepavali Valthukkal!," katanya menerusi hantaran di media sosial.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Menyambut HARI DEEPAVALI
Kepada semua penganut agama Hindu di seluruh Sarawak
daripada Datuk Patinggi (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Hj Openg
Ketua Menteri Sarawak
Dan isteri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Hj Bujang
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/s720x720/250627876_1693177961047086_2185470044072807368_n.jpg?_nc_cat=101&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=s1d_5ByHc5gAX_-m2C5&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=636f01e7d45d864fbd172643e641e501&oe=61A8051B)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.
Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini.
Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.
Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini.
Selamat Menyambut Hari Deepavali, Deepavali Valthukkal!
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/250356917_444195970388398_2848431517025535506_n.jpg?_nc_cat=103&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=9ySB1wlZDCsAX_9AKDS&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=f7853ede0c54184b44e803693e99942a&oe=61A80DDE)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua Keluarga Malaysia yang menganut agama Hindu.
Dalam keceriaan kita menyambut hari perayaan ini, saya berharap semua rakyat Malaysia berganding bahu dalam menjalankan tanggungjawab bersama dan berusaha untuk membantu negara dengan pembukaan semula ekonomi dan sosial dengan selamat.
Sentiasa amalkan kawalan kendiri dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Tingkatkan penilaian kendiri COVID-19 dengan TRIIS iaitu Trace, Report, Inform, Isolate & Seek.
Apa yang kita lakukan sekarang amatlah penting pada bulan-bulan yang akan datang sebagai penanda aras persediaan kita memasuki fasa endemik.
Selamat Hari Deepavali. Semoga cahaya perayaan ini memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga.
Kita jaga kita.
Kita jaga keluarga kita
Kita jaga komuniti & Negara Kita
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/p526x296/249317756_438604017626744_3510406250930679382_n.jpg?_nc_cat=107&_nc_rgb565=1&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=Q7bWS66L2gwAX-CHJzn&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=1199ee4a7b379d3f23cfa63959031e93&oe=61884118)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](https://i.ibb.co/xhkpf3X/Diwali-Wishes-for-Business-Vendors-1.jpg)
Happy Deepavali for those who are celebrating this festival. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|