View: 535|Reply: 0
|
[Sarawak]
Wanita PBB Sedia Masuk Gear 4 Untuk PRN12
[Copy link]
|
|
Jentera Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia memasuki 'gear empat' bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato' Sri Fatimah Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, Wanita PBB kini sudah bersedia untuk gerak gempur di lapangan yang dipimpin oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Bagaimanapun, Adun N.56 Dalat itu berkata ketika ini PBB masih menunggu pengumuman rasmi daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh pilihanraya, tarikh mengundi dan tempoh berkempen termasuk menyediakan Prosidur Operasi Standard (SOP) yang khusus sebelum, semasa dan selepas PRN.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas lanjut mengenai pengumuman daripada Yang di-Pertuan Agong berkaitan penamatan Proklamasi Darurat Sarawak pada 3 November lalu.
Tambah Dato' Sri Fatimah, pilihanraya kali ini akan dibuat dalam Norma Baharu dan sudah pasti menjadi cabaran besar buat Wanita PBB yang lazimnya berkempen dari rumah ke rumah sebelum ini.
![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/251006162_3065985517020455_7321791790777982067_n.jpg?_nc_cat=111&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=Bn3t_gxEnZMAX-4Zopz&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=b1d53ab25e3f7097ba2496cf91338cd9&oe=61A9BE83)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|