View: 619|Reply: 2
|
[Sarawak]
Dua Bot Nelayan Tempatan ditahan.
[Copy link]
|
|
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Miri telah menahan dua bot nelayan tempatan pada jarak lebih kurang enam batu nautika dari barat laut Tanjung Baram, Miri, pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Md. Fauzi Othman berkata, bot Kilat 41 yang sedang menjalankan rondaan Op Permai di sekitar perairan Miri telah mengesan dua bot nelayan tempatan dalam keadaan yang mencurigakan sekitar jam 6.15 pagi.
Hasil pemeriksaan dan geledah mendapati kedua-dua bot tersebut dikendalikan oleh dua tekong lelaki warga tempatan dan enam kru lelaki warga Indonesia berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 65 tahun (mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah), namun disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen, iaitu menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.
Beliau dalam kenyataan media hari ini berkata, kedua-dua bot nelayan bersama lapan kru tersebut termasuk peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan sebanyak 1.5 tan metrik diiring masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Pulau Melayu untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.


|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nelayan kita baik je kelaku...siap bg kerjasama peace to all lagi tu
tp kena tahan gak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|