CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

[Sarawak] Remaja Sekalian, risiko dijangkiti C-19 lebih tinggi jika tak ambil dos ke2

[Copy link]
Post time 5-11-2021 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-11-2021 02:34 AM

Remaja sekalian, risiko dijangkiti Covid-19 lebih tinggi jika tak ambil dos kedua



KUCHING: Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak memastikan anak remaja mereka menerima dos kedua, risiko untuk mereka dijangkiti Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding mereka yang telah menerima dos lengkap.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali,  situasi ini pastinya akan memberi kesan kepada pembukaan semula sekolah dan juga pembukaan semula sektor ekonomi di seluruh negara.

“Sehubungan itu, KKM ingin menyarankan kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk memenuhi janji temu dos kedua anak remaja anda supaya mereka dapat dilindungi daripada jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media.

“Bagi ibu bapa yang terpaksa menjadualkan janji temu dos kedua, anda boleh hubungi pihak sekolah supaya janji temu baharu dapat diberikan,” katanya lagi.

“Saya memahami ada dalam kalangan ibu bapa yang bimbang anak akan mendapat kesan sampingan seperti alahan. Walau bagaimanapun, ingin saya tekankan bahawa kesan sampingan yang serius adalah amat jarang berlaku dan dengan rawatan awal, remaja akan pulih sepenuhnya,” jelasnya.

Sehingga  Rabu lalu, 2,622,306 atau 83.3 peratus remaja telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan 2,197,961 atau 69.8 peratus telah menerima dos kedua.

“Walau bagaimanapun, sejak seminggu lalu, KKM mendapat terdapat remaja yang tidak memenuhi atau menghadiri janji temu dos kedua seperti yang ditetapkan,” katanya.

Mengikut unjuran, katanya lagi, kadar vaksinasi dops kedua bagi remaja sepatutnya mencapai 80 peratus pada 11 Nov ini.


sarawakvoice.com/2021/11/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.251497 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list