CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 0

[Sabah] Pengusaha kecantikan digesa amal SOP : Amisah

[Copy link]
Post time 5-11-2021 03:27 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Amisah (kiri) melawat keadaan pusat kecantikan di Asia City.

KOTA KINABALU: Pengusaha kecantikan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu digesa mengamalkan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat bagi memberi keyakinan kepada pelanggan tentang langkah-langkah keselamatan yang telah diambil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Amisah Yassin menyeru pengusaha pusat kecantikkan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dengan memakai penutup muka plastik, pelitup muka, sarung tangan dan apron plastik.

"Mereka (pengusaha) perlu mematuhi sepenuhnya prosedur yang digariskan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga selain memberi keyakinan kepada pelanggan, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Kecantikan WIN BEAUTY CENTRE di Asia City baru-baru ini.

Amisah turut meminta pusat tersebut untuk memastikan premis perniagaan masing-masing dilengkapi Kod QR, termometer serta pensanitasi tangan.

Pusat tersebut merupakan usahawan wanita Winnih Kimin, seorang usahawan dan kontraktor yang berasal dari Ranau.

Beliau memulakan lagi satu produk perniagaan berupakan dalam bidang kecantikan di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu.

Acara pelancaran rasminya telah dibuat bersama oleh Datuk Amisah Yassin dan hadir sama Founder dan Presiden Penta Harvest International Lim Ed Win dan disaksi bersama oleh  Gary Goh dan Chris Soh, Co-Founder dan Vice President Penta Harvest International.


utusanborneo.com.my/2021/11/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.680191 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list