CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 3

[Sabah] ‘Saya Tidak Obsesi Untuk Jadi PM’

[Copy link]
Post time 5-11-2021 03:43 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai obsesi dan bernafsu untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau mungkin mempertimbangkan sekiranya ditawarkan jawatan Perdana Menteri pada masa depan.

Katanya, ia kerana jawatan itu membolehkannya berkhidmat di peringkat negara dan dapat menggunakan pengalaman yang dimilikinya selama 32 tahun dalam kerajaan dan politik untuk manfaat rakyat.

“Saya tidak obsesi dan bernafsu tinggi untuk menjadi Perdana Menteri atau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Tetapi kalau diambil kira dari sudut pengalaman yang dimiliki, mungkin ia jadi satu kualiti yang boleh ditawarkan dan mengapa tidak kita tawarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Shafie Apdal: Relevankah Warisan di Semenanjung’ yang dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Sepanjang perkhidmatannya, Mohd Shafie turut digelar ‘menteri kampung’ kerana menerajui beberapa kementerian yang dekat dengan rakyat.

Kementerian itu termasuklah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Penerangan. – SINAR


sabahpost.net/2021/11/05

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 05:28 PM | Show all posts
mana leh nk potong barisan...beratur ye...nnti kena marah kang merajuk plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
yer ke ?? abis ari tu hantar nama nak jd PM bukan ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 06:22 PM | Show all posts
dah tu ko nak jadi apa? babi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.047872 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list