CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tak ramai peminjam AIM tangguh bayaran balik pinjaman

[Copy link]
Post time 5-11-2021 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Tak ramai peminjam AIM tangguh bayaran balik pinjamanNovember 5, 2021 @ 3:58pm



Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahaya. - Foto Google





BUTTERWORTH: Terdapat satu peratus daripada peminjam atau Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memohon menangguhkan bayaran balik pinjaman selepas tamat tempoh moratorium Ogos lalu.

Pengerusi AIM Datuk Shabudin Yahaya, bayaran balik pinjaman oleh peminjam kini kembali seperti biasa selepas tempoh moratorium yang diberikan sebelum ini.

Beliau berkata, hanya terdapat sebilangan kecil peminjam yang memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman atas faktor tertentu.

"Keseluruhannya, proses bayar balik (pinjaman AIM) sudah kembali kepada rutin asal. Tetapi, ada sesetengah kes yang memerlukan perhatian khusus dari segi pembayaran balik kerana ada dalam kalangan peminjam mengalami kesulitan disebabkan pandemik (COVID-19) dan sebagainya.

"Boleh dikatakan sebanyak satu peratus sahaja," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta 2020-2021 Parlimen Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Menurut Shabudin, peminjam yang mengalami kesulitan dalam membuat bayaran balik akan dirujuk kepada pihak pengurusan AIM sama ada di peringkat cawangan mahupun negeri untuk rundingan, penilaian dan tindakan lanjut.

AIM memberikan moratorium selama tiga bulan bermula sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada Mei lepas, membabitkan sejumlah RM577.3 juta yang telah memanfaatkan seramai 378,507 Sahabat AIM di seluruh negara.

Terdahulu, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM200 seorang kepada 148 pelajar di bawah Parlimen Tasek Gelugor yang akan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
– BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047481 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list