CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 1

[Sabah] Wanita ditahan sorok rokok seludup dalam kereta

[Copy link]
Post time 6-11-2021 07:29 AM | Show all posts |Read mode


PENAMPANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang wanita dalam Ops Kontraban selepas didapati menjalankan aktiviti penjualan rokok tidak bercukai di sekitar daeeah ini.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata suspek berumur 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di belakang sebuah kedai runcit di Jalan Cyber Square di sini semalam.

“Bertindak dengan maklumat awam, kita menjalankan serbuan kira-kira jam 7 pagi sebelum mengesan tindakan wanita yang menjadikan sebuah kereta jenis sedan sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

“Kesemua rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM36,491 itu kemudianya dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya kesemua rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM51,491.40 dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967," katanya sambil menambah operasi dijalankan Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2021 10:49 AM | Show all posts
yeayyy rokok preeee...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.038155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list