View: 16362|Reply: 7
|
Ada Apa Dengan Banglo Farah Di Bukit Tunku?
[Copy link]
|
|
[VIDEO] Ada Apa Dengan Banglo Farah Di Bukit Tunku? Ikuti Penyiasat Paranormal Ini!
Baru-baru ini, Murai MY telah dijemput oleh BIGO LIVE untuk merasai sendiri pengalaman menyeramkan bersama hos paranormal di lokasi paling berhantu di sekitar Lembah Klang. Dalam banyak-banyak lokasi yang dicadangkan, Murai MY memilih untuk menyertai expedisi ke Banglo Farah bersama hos paranormal, Apit yang menggunakan akaun bernama tah_lah di Bigo Live.
Apit dan beberapa orang ahli kumpulan turut menyertai expedisi di Banglo Farah in terletak di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Sekadar info, Banglo Farah mempunyai kisah di mana seorang remaja atau kanak-kanak bernama Farah didakwa di bunuh dengan kejam oleh makciknya sendiri. Ada dakwaan mengatakan bahawa kepalanya sehingga kini tidak di jumpai dan kononnya tertanam di sekitar banglo.
Farah menjadi mangsa satu upacara (ritual) oleh makciknya untuk tujuan tertentu, sejauh mana kebenarannya kami sendiri tidak pasti. Semasa expedisi yang bermula tepat jam 10 malam ini, terdapat beberapa pengalaman misteri yang cukup menyeramkan. Antaranya salah seorang ahli kumpulan dirasuk, Gimbal secara tiba-tiba bermasalah, bunyi pinggan jatuh dari bumbung, penemuan tengkorak haiwan dan banyak lagi.
Tidak cukup dengan itu, kami juga dikejutkan dengan bunyi objek besar yang jatuh di dalam semak berhampiran. Sebelum mengetahui apakah bunyi tersebut, salah seorang krew memberitahu bunyi sedemikian lazimnya adalah tanda kewujudan pocong. Namun, tidak lama kemudian, kami sekali terdengar bunyi yang sama sebelum diminta bergegas ke ‘checkpoint’ permulaan.
Dalam pada itu, sepanjang pengembaraan ke Banglo Farah, Apit dan pasukan paranormal telah menyediakan lawatan berpandu ke lokasi kepada media, menyediakan peralatan termasuk meter EMF, sambil berkongsi tentang cerita misteri di banglo itu. Apit turut menyiarkan pengembaraan ini menerusi siaran langsung di Bigo Live.
Lihat video dibawah yang sempat dirakam secara live oleh salah seorang peserta yang menyertai expedisi ini iaitu Khai Arba.
Sepanjang pengembaraan ke Banglo Farah, Apit dan pasukan paranormal telah menyediakan lawatan berpandu ke lokasi kepada media, menyediakan peralatan termasuk meter EMF, sambil berkongsi tentang cerita misteri di banglo itu. Paranormal Apit turut menyiarkan pengembaraan ini menerusi siaran langsung di Bigo Live.
Beberapa foto berjaya diambil menunjukkan kelibat seorang wanita di tepi tingkap.
Apit atau nama sebenarnya Mohd Shafiz Azizi B Mohd Noor, 36, mula aktif menjadi paranormal sejak 4 tahun yang lalu. Dalam pada itu, Apit menjadikan platform Bigo Live untuk berkongsi kisah expedisi seram ini sejak 2 tahun yang lalu. Katanya, dia gemar menggunakan aplikasi ini ketika bersiaran langsung kerana mudah untuk berinteraksi dengan penonton.
“Saya suka guna aplikasi Bigo Live ini sebab mudah untuk berinteraksi dan dapat berkomunikasi dengan jelas dengan penonton. Malah penonton dapat beri respon yang cepat ketika berbual dalam siaran langsung”- katanya kepada Murai MY.
Pasukan paranormal yang diketuai oleh Apit (akaun bigo: tah_lah) bersama ahli media.
Pada yang tidak tahu, Bigo adalah aplikasi untuk pengguna membuat live stream. Secara asasnya, aplikasi ini membolehkan anda untuk berkomunikasi secara live dengan orang ramai melalui video. Setiap orang dalam Bigo Live ini juga mempunyai dua peranan, iaitu sorang sebagai “broadcaster” dan “viewer”. Jom muat turun aplikasi Bigo Live untuk mendapatkan kandungan yang lebih menyeramkan dan banyak lagi .
Sumber: https://murai.my/2021/130340/vid ... sat-paranormal-ini/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
awat berani naw korang ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
https://vt.tiktok.com/ZSRTNAThF/
Masok sini gais.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa laa nak panggil2 adik farah la nenek la .. yg ada situ setan iblis je.. bukan ada pun adik farah nenek segala..
Dan kenapa hanya melayu yg suka dgn activity2 mcm ni.. cari hantu segala.. dh takde keje yg lg berfaedah nak buat ke |
|
|
|
|
|
|
|
kitty_lynne replied at 28-11-2022 02:24 PM
Kenapa laa nak panggil2 adik farah la nenek la .. yg ada situ setan iblis je.. bukan ada pun adik fa ...
Bukan melayu je uols.. seluruh pelosok donia pun ada team ghost hunter, ghost Investigator, ada yg solo & berkumpulan. Uols kena rajin tengok team2 tu. Baik bani melayu, kokesen, ereb, jepun ikek ikek kimochi, korea masom, semua buat. Tapi iols kosserr nak tengok. Dah la camera bergegar. 2 jam video, hantu muncul 1-2 saat jah. Disamping gangguan bunyik cengkerik & unggas malam. Lepas tu bila nampak hantu, lari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nape la sibok2x buru depa... Manela depa x marah |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bagi meols tak chill la deme.
meols suka tgk compilation review dekat nukes top 5. yg meols tgk yg selalu gelabah ni china tapi syok gak tengok deme gi kejo hantu tu.
jepun syok gak. omputih okay la.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|