CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak rekod 385 kes harian, 12 lagi kematian

[Copy link]
Post time 8-11-2021 08:01 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sarawak merekodkan 385 kes jangkitan COVID-19 baharu hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berkenaan setakat ini 244,959 kes.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada kes baharu itu, 372 kes adalah kategori satu dan dua manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan 13 kes.

“Bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 142 kes adalah kategori 1 (tiada gejala) dan 230 kes kategori dua (gejala ringan).

“Sementara empat kes adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru), enam lagi membabitkan kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan tiga kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” katanya menerusi kenyataan.

Untuk pecahan kes pula, ujarnya, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 145 kes diikuti dengan Miri (58 kes), Sibu (43 kes) serta Bintulu dengan 21 kes.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian di bawah 100 kes kecuali sepuluh daerah iaitu Tanjung Manis, Tebedu, Belaga, Kabong, Pusa, Daro, Tatau, Asajaya, Bukit Mabong dan Sebauh yang tiada merekodkan kes baharu.

Jawatankuasa turut memaklumkan Sarawak merekodkan 12 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 dari tarikh 3 hingga 6 November 2021.

Katanya, kes kematian pada 3 November 2021 membabitkan mangsa lelaki berusia 45 tahun, di Miri.

Sementara itu pada 5 November 2021, tiga kematian direkodkan iaitu masing-masing satu kematian di Kuching (perempuan, 67), Miri (lelaki, 71) dan Sibu (lelaki, 74).

“Pada 6 November 2021, lapan kematian direkodkan membabitkan mangsa berusia antara 52 hingga 86 tahun

“Ia direkodkan di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Kapit, Hospital Betong dan Hospital Sarikei. Kebanyakan kes mempunyai latar belakang penyakit komorbid,” katanya.

Hari ini juga katanya, tiada kluster baharu diisytiharkan manakala satu kluster ditamatkan iaitu Kluster Bungey 2, Betong, selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas.

Mengenai laporan notis kompaun, JPBNS memberitahu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan empat notis kompaun terhadap individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negeri ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan notis kompaun dikeluarkan KKM sehingga kini sebanyak 593.

Manakala polis Sarawak telah mengeluarkan 30 notis kompaun dengan 18 di Kuching dan 12 di Miri kerana gagal mematuhi SOP, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan kini sebanyak 12,044.

“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula telah mengeluarkan satu notis kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Lundu atas kesalahan melanggar SOP.

“Dengan ini sebanyak 1,567 notis kompaun dikeluarkan dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan setakat ini,” katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048314 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list