View: 576|Reply: 0
|
[Sarawak]
Remaja ditahan curi motosikal
[Copy link]
|
|
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjH9TQxZldQUlL572t8szSKsXn1w_v55g_afsvXjJg5A6_5pkV37kcIWhxLeli0iEOt8DPi83n6ysr7x52wYwujW_NwGrV205yvsChvhEqglD4LtYN5QuvdKQHstuMF72cJpeWy7sBFS9L6frzfKVq79OLggd74jkBJ453E9SEE_Wdews271QXpj1N0=s16000)
MIRI : Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis kurang 24 jam selepas mencuri sebuah motosikal di Bandar Baru Permyjaya, pada 7 November.
Suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri sekitar jam 11 malam tadi.
Susulan penangkapan suspek, polis turut merampas sebuah motosikal disyaki hasil curi.
Terdahulu, polis menerima laporan dibuat seorang pengadu berusia 39 tahun yang mengatakan motosikal jenis Yamaha yang diletakkan di tempat parkir rumah telah hilang dipercayai dilarikan individu tidak dikenali.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|