CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Kelantan] Pemandu kereta sewa lega, penumpang meningkat

[Copy link]
Post time 9-11-2021 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu kereta sewa lega, penumpang meningkat[size=0.8]Oleh Hidayatidayu Razali - November 9, 2021 @ 1:30pm[email protected]


Mohd Fadir Abdullah, 36 (kiri) bersama dengan sebahagian 40 pemandu kereta sewa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.- Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar



KOTA BHARU: Kebenaran rentas negeri yang diberi oleh kerajaan sejak sebulan lalu memberi limpahan rezeki kepada pemandu kereta sewa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, apabila mereka menerima lebih ramai penumpang.

Pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Pelapek), Mohd Fadir Abdullah, 36, berkata seramai 40 pemandu yang aktif mencari rezeki di lokasi itu.

Katanya, mereka bersyukur kerana menerima sekurang-kurangnya dua penumpang sehari berbanding ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya seorang penumpang seminggu.

"Alhamdulillah, sejak kebenaran rentas negeri, kami terima dua perjalanan sehari dan dapatlah
pendapatan sekurang-kurangnya RM50 sehari.

"Dengan wang itu membolehkan kami menampung kos operasi termasuk minyak kereta, bayaran tempat letak kereta dan kaunter di lapangan terbang," katanya ketika ditemui di LTSIP di sini, hari ini.

Bapa kepada dua anak itu berkata, pada masa ini terdapat lebih 20 penerbangan sehari yang membabitkan penumpang pulang ke kampung untuk berjumpa ahli keluarga.

Katanya, walaupun kebanyakan mereka diambil oleh ahli keluarga, masih ada rezeki buat pemandu kerana masing-masing akan mendapat dua perjalanan sehari.

Pemandu, Wan Romzi Wan Mahmud, 50, berharap selepas ini lebih ramai pelancong datang ke Kelantan memandangkan jumlah vaksinasi pada masa ini semakin meningkat.

"Kami mengharapkan kehadiran pelancong kerana mereka akan menggunakan perkhidmatan kereta sewa untuk ke destinasi masing-masing.

"Kami juga menawarkan harga yang berpatutan untuk ke destinasi dalam Kelantan dan negeri yang berdekatan," katanya.

Wan Romzi yang tinggal di Kampung Laut, Tumpat berkata, walaupun jangkitan COVID-19 masih lagi tinggi, sebagai pemandu pihaknya sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak berkenaan termasuk sanitasi kenderaan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.518359 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list