CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut pikap terbalik

[Copy link]
Post time 9-11-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode


SERIAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Kuching-Serian, di sini pada Ahad.

Mangsa, 60 tahun, cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang ketika menerima rawatan di Hospital Serian.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.27 tengah hari ketika mangsa yang memandu sebuah kereta pikap sedang dalam perjalanan menuju Kuching dari arah Serian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi sebelah kiri jalan serta melanggar penghadang penghadang jalan sebelum terbalik beberapa kali dan terus melanggar tiang rumah di bawah jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, selepas kejadian, mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Serian oleh pihak ambulans untuk menerima rawatan awal.

“Semasa kejadian, cuaca hujan dan keadaan pemukaan jalan basah dan jalan raya lurus serta mempunyai sistem lalulintas jalan sehala,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


sarawakvoice.com/2021/11/09


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.647885 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list