CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 1

[Sarawak] Kemalangan melibatkan 3 buah lori

[Copy link]
Post time 10-11-2021 09:51 AM | Show all posts |Read mode













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 01:05 PM | Show all posts
SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN TIGA BUAH LORI DI JALAN BINTULU-MIRIBintulu, 9 Nov : Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kaki dan terpaksa dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori, hari ini.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Pesisir, Bintulu-Miri pada jam 11.06 pagi.

Jurucakap Bomba berkata sebaik sahaja laporan diterima, anggota dari Balai Bomba Bintulu terus ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga buah lori, lori pasir, lori tanker serta lori trailer karga dan terdapat seorang lelaki cedera parah yang mengalami kepatahan di bahagian kaki.

"Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan parah dikaki", katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota perubatan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Dua lagi pemandu lori dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 11.55 pagi


DayakDaily 2021/11/09



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.114715 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list