Edited by Vellfire at 10-11-2021 01:38 PM
Tiga kereta nyaris terhumban dalam runtuhan tanah, hari ini.
KUCHING: Tiga buah kereta hampir terhumban dalam runtuhan tanah tempat letak kereta kuaters kerajaan di Jalan Kedang, di Sri Aman hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.31 pagi.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman terus ke lokasi kejadian untuk memantau keadaan.
"Setiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kejadian tanah runtuh dan tiga buah kenderaan penghuni kawasan tersebut terlibat.
"Jarak antara struktur bangunan adalah lebih kurang 15 kaki dari tempat kejadian dan setelah mendapati keadaan selamat, bomba kemudian berangkat balik ke balai," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Operasi ditamatkan pada jam 7.28 pagi.
utusanborneo.com.my/2021/11/10
|