CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan laksana pelbagai insiatif bantu golongan memerlukan

[Copy link]
Post time 11-11-2021 03:46 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah menyampaikan cek cura dan trofi Anugerah Atlet Dunia kepada atlet powerlifting paralimpik, Bonnie Bunyau Gustin sambil disaksikan Fatimah - Gambar Chimon Upon.KUCHING: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri berupaya menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan insiatif dan program kebajikan.

Menurut beliau misalnya, program Usahawan Mikro Kebajikan ia adalah untuk membantu penerima bantuan kebajikan yang masih produktif dari segi ekonomi melalui latihan keusahawanan dan bantuan kewangan supaya mereka boleh berdikari dan tidak lagi bergantung dengan bantuan kebajikan.
   
"Sebagai sokongan terhadap usaha ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM8.6 juta pada tahun 2021 untuk pembangunan pasaran dan pemasaran produk, pembangunan projek keusahawanan serta pembangunan latihan, kemahiran dan kerjaya kepada usahawan.

"Ini akan merangkumi ahli keluarga penerima bantuan yang produktif," katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebersamaan Ke Arah Kesejahteraan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, hari ini.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah itu turut menyaksikan majlis penyampaian anugerah bagi Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) serta sambutan Hari Warga Emas dan Hari OKU.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan berkata selain daripada itu kerajaan negeri terus memperkasakan warga emas di negeri ini termasuk menerusi Bantuan Warga Emas (BWE) dimana pada Januari hingga Oktober 2021, kerajaan telah membelanjakan RM96.9 juta untuk dimanfaatkan oleh 19,271 warga emas.

Manakala katanya di bawah inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC) setakat ini sebanyak 193,116 KCG diagihkan sementara setakat 31 Oktober 2021 sebanyak 320 vendor di seluruh Sarawak bersetuju menjadi rakan strategik KGC.

"Sementara itu bagi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), sehingga kini kerajaan telah menubuhkan 55 PPDK bagi memastikan anak-anak istimewa kita mendapat latihan kemahiran daripada profesional agar mereka boleh berdikari.

"Pada tahun 2021, kerajaan telah memperuntukkan RM9.9 juta untuk menjalankan pusat-pusat ini yang memberi manfaat kepada 2,006 kanak-kanak," katanya.

Sementara itu Awang Tengah berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menjamin kebajikan golongan warga emas, OKU dan rentan jika terus memerintah pada pilihan raya negeri akan datang.

Namun ujarnya, untuk mencapai perkara berkenaan ia memerlukan kerjasama semua pihak agar golongan terbabit terus terbela dan dijaga kesejahteraan mereka.
"Kerajaan GPS dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, akan terus menjamin kebajikan golongan warga emas, OKU dan golongan rentan terjejas.

"Kami komited, pada pilihan raya akan datang ini, kerajaan ini yang akan terus memerintah," katanya.

Awang Tengah berkata, apa yang penting adalah mempertahankan kestabilan kerajaan sedia ada.

Katanya dengan itu ia akan dapat memberi peluang kepada kerajaan terus membangunkan negeri dan memelihara kepentingan semua termasuk warga emas, OKU dan golongan rentan terjejas.


utusanborneo.com.my/2021/11/11


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.059252 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list