SEMATAN, 12 November: Pemandu maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya di Simpang Teluk Melano-Sematan awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.55 pagi.
Mangsa yang belum diketahui identiti ditemui di dalam parit setelah melanggar penghadang jalan selekoh tajam manakala kenderaan mangsa terbalik kira-kira 30 meter dari jalan utama.
Pasukan Bomba bertindak mengangkat mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.