|
KUCHING: Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian menyambut baik keputusan Bekas Uskup Gereja Kuching dan Brunei, Datuk Bolly Lapok Sah untuk menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Menurut Baru, beliau gembira kerana Bolly tertarik dengan pendirian PSB dalam banyak isu seperti memperjuangkan hak Sarawak, keharmonian antara kaum, toleransi beragama dan nilai teras lain dalam politik seperti kesederhanaan, keterangkuman serta mengejar keadilan dan keamanan.
"Dari satu sisi, saya berasa bahawa pilihan Datuk Bolly adalah pembenaran keputusan saya untuk menyertai PSB tahun lepas. Kemasukan beliau ke arena politik adalah tepat pada masanya.
"Ia juga dapat 'menafikan' tanggapan bahawa orang baik tidak sepatutnya terlibat dengan politik kerana 'politik itu kotor'. Realitinya politik meresap dan memberi kesan kepada semua aspek kehidupan kita termasuk hak dan kebebasan beragama.
"Justeru, orang yang baik harus terlibat untuk memastikan dasar dan keputusan politik baik dapat dibuat untuk manfaat semua," katanya menerusi kenyataan, hari ini (12 November).
Tambahnya, PSB memerlukan perubahan minda dan apa yang lebih penting mereka mahu lebih ramai orang memainkan peranan aktif dalam membentuk pemerintahan negara.
"Saya yakin Datuk Bolly boleh menjadi bapa politik Rohani kepada kami di PSB, dan menjadi hati nurani parti ini untuk memastikan kami melakukan apa yang betul dan adil untuk semua, tanpa mengira bangsa dan agama.
"Saya menyambutnya dengan mesra ke dalam parti," ujarnya.
Dalam hal berkaitan, beliau juga menyeru senua rakan dan kepimpinan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang disabitkan kesalahan (convicted) untuk perubahan sebenar menyertai PSB.
"Bersama-sama kita membina Sarawak Baharu atau Sarawak Baru yang kita semua bleh banggakan," tegasnya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|