CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1445|Reply: 0

[Johor] Pengunjung kepulauan Mersing perlu waspada peralihan Monsun Timur Laut

[Copy link]
Post time 13-11-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Mersing


MERSING, 13 NOV: Pengunjung yang ingin melakukan aktiviti air khususnya di lima kepulauan utama di daerah ini dinasihat agar lebih berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca berikutan peralihan monsun yang diramal sehingga Mac tahun depan.

Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata malah nelayan di kawasan berkenaan juga perlu mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan laut terlebih dahulu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ke laut.

“Mereka perlu mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, namun jika ada individu terpaksa melakukan aktiviti air ketika cuaca tidak menentu, kita minta mereka memaklumkan kepada agensi berkaitan sebagai langkah persediaan awal.

“Selain itu, kita juga mohon kepada pengunjung, nelayan dan penduduk supaya tidak bersikap sambil lewa dan memandang ringan terhadap situasi arus deras serta angin kencang yang merupakan antara punca berlakunya kemalangan di kawasan pantai dan perairan,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata orang ramai juga perlu memastikan segala kelengkapan dan peralatan bagi aktiviti air berada dalam keadaan baik termasuk menggunakan khidmat pengusaha pelancongan berdaftar bagi memudahkan siasatan jika berlaku kejadian tidak diingini.

Katanya orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor 07-2199404 untuk sebarang aduan jenayah atau kecemasan.
Lima pulau utama di Mersing adalah Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggll.

MetMalaysia sebelum ini meramalkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November ini hingga awal Januari 2022 susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 Nov dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

sumber : Johorkini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059823 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list