CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 0

[Pahang] Agong cemar duli tinjau rumah dibaik pulih, bina baharu di Pekan

[Copy link]
Post time 17-11-2021 07:59 PM | Show all posts |Read mode

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan rumah penduduk kampung Permatang Pauh, Hamimah Mat, 73, (belakang, kanan) yang siap dibaikpulih hari ini. FOTO Bernama




Pekan: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau rumah yang dibaik pulih dan dibina baharu di tanah kesultanan di sini.

Ketibaan baginda pada kira-kira 10.50 pagi di Kampung Permatang Pauh disambut Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkipli dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Selain Kampung Permatang Pauh, Seri Paduka turut berkenaan berangkat dan meluangkan masa bersama pemilik rumah di Kampung Parit Engku Dato dan Kampung Padang Polo serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada kesemua mereka.

Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang turut diberikan taklimat ringkas oleh pihak kontraktor, Platinum Victory yang menjalankan kerja-kerja membaiki dan membina rumah berkenaan sebagai program tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Pengarahnya Shaik Ahmad Sufian Shaik Kamal Farid berkata, program hari ini membabitkan penyerahan empat rumah yang dibaiki dan sebuah rumah yang dibina baharu di daerah Pekan.

"Secara keseluruhan di tanah Pekan kami mempunyai 38 rumah untuk dibaiki termasuk sembilan dibina baharu dan hari ini kami serahkan lima yang telah siap kepada pemilik masing-masing.

"Rumah-rumah yang terbabit kebanyakannya uzur dan mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung atau lantai, jadi kami baiki dan cat semula rumah mereka," katanya.

Sementara itu, Syed Mohd Ariffin Syed Hussin, 52, yang menetap di Kampung Padang Polo, di sini bersyukur dan teruja apabila kediamannya yang usang telah dibaik pulih, dan kini lebih selesa untuk didiami berbanding sebelum ini.

Beliau yang menetap di rumah berkenaan sejak kecil berkata proses keseluruhan baik pulih mengambil masa lebih dua bulan dan hasilnya amat memuaskan untuk mereka sekeluarga.

"Bahagian depan rumah kami dirobohkan dan dibina baharu manakala seluruh rumah turut dicat, sangat seronok, ia seolah-olah kami dapat sebuah rumah yang baharu. Kami turut berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit sepanjang proses pembinaan ini dan menjunjung kasih atas keprihatinan baginda yang turun padang melawat rumah kami," katanya.

Warga emas, Syed Omar Syed Mohamad, 72, berkata beliau terlalu gembira selepas mendapat kediaman baharu memandangkan keadaan rumah kayunya yang didiami sejak puluhan tahun lalu itu sudah terlalu uzur.

"Syukur sangat kini saya dapat rumah batu dan dilengkapi dua bilik tidur selain lantai mozek, tak sangka di usia sebegini saya mendapat penghargaan bantuan sebesar ini," katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 3:47pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053924 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list