CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2790|Reply: 1

Gerhana bulan separa terpanjang berlaku hari ini

[Copy link]
Post time 19-11-2021 11:19 AM | Show all posts |Read mode

FOTO Agensi



Los Angeles: Bulan seolah bermandikan cahaya merah mula kelihatan semalam dan hari ini mengembalikan fenomena alam yang pernah berlaku hampir 600 tahun lalu.

Gerhana bulan separa terpanjang itu menyaksikan bulan hampir berbayang sepenuhnya ketika ia bergerak di belakang bumi, menjadikan 99 peratus permukaannya merah.

Peristiwa ajaib ini dapat disaksikan di seluruh Amerika Utara, sebahagian Amerika Selatan, Polynesia, Australia dan timur laut Asia.

Menurut saintis, pemerhati langit di bahagian itu akan menikmati pemandangan bebas awan, bulan sedikit malap mulai jam 0602 GMT (sekitar jam 2 petang waktu Malaysia) hari ini ketika ia memasuki penumbra bumi iaitu bayang luar.

Kira-kira sejam kemudian, ia akan kelihatan seperti terdapat gigitan besar ketika ia mula masuk ke dalam umbra atau bayang penuh.



Menjelang 0845 GMT (sekitar jam 4.45 petang waktu Malaysia), bulan akan kelihatan merah dengan warna paling terang dapat dilihat pada gerhana puncak 18 minit kemudian.

Proses itu kemudiannya berubah apabila bulan meluncur keluar dari bayang-bayang dan meneruskan perjalanannya yang tidak berkesudahan mengelilingi planet.

Fenomena merah itu dikenali sebagai 'Penyebaran Rayleigh', di mana gelombang cahaya biru yang lebih pendek dari matahari diserakkan zarah di atmosfera bumi.

Gelombang cahaya merah yang lebih panjang dapat melalui zarah berkenaan dengan mudah.

"Semakin banyak habuk atau awan di atmosfera bumi semasa gerhana, semakin merah bulan akan muncul seolah-olah semua cahaya matahari terbit dan terbenam di dunia dipancarkan ke bulan," menurut laman sesawang NASA.

Dari saat gerhana bermula apabila bulan memasuki bayang-bayang bumi hingga ia berakhir akan mengambil masa lebih tiga jam 28 minit.

Menurut NASA, satu lagi fenomena seumpamanya iaitu gerhana bulan penuh yang lebih lama, dijangka berlaku pada 8 November 2022.

Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 9:40am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:44 PM | Show all posts
bulan yg cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050792 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list