View: 2599|Reply: 3
|
Juliane Koepcke Keseorangan Di Hutan Amazon Setelah Pesawat Yang Dinaikinya Terhempas
[Copy link]
|
|
Juliane Koepcke Keseorangan Di Hutan Amazon Setelah Pesawat Yang Dinaikinya Terhempas
24 Disember 1971
Juliane Koepcke duduk di kerusi 19 F. Dia tidak pernah tahu apa yang akan menantinya di saat pesawat LANSA 508 berlepas dari Lima, Peru itu.
Si manis 17 tahun itu bersama ibunya, Maria dalam perjalanan ke Pucallpa bagi melawat ayahnya yang bekerja di sana, berhampiran dengan hutan Amazon.
Ibu bapa Juliane merupakan ahli zoologi warga Jerman yang berpindah ke Peru untuk mengkaji hidupan liar di sana.
Juliane yang dilahirkan di Peru baru saja mendapatkan diploma sekolah tinggi dan mahu mengikut jejak langkah mereka untuk menekuni bidang zoologi.
Kapal Terbang Dipanah Petir
Destinasi ini dijangka tiba satu jam kemudian. Perjalanan kapal terbang yang membawa 86 penumpang dan 6 orang anak kapal ini berjalan lancar pada awalnya.
Namun setelah 40 minit berlepas, sesuatu telah berlaku.
Cuaca semakin buruk dan awan-awan gelap menyelubungi pesawat tersebut sebelum tiba-tiba dipanah petir sehingga sayap kanannya patah.
Maria memegang erat tangan anak gadisnya sambil berkata tenang, “Begini pengakhirannya.”
Kapal terbang itu semakin menjunam ke bawah.
Jeritan orang ramai dan bunyi enjin kapal terbang memalu gegendang telinga Juliane sebelum apa yang didengarinya hanyalah angin selepas itu.
Pesawat Terhempas Di Hutan Amazon
Juliane akhirnya tersedar setelah seharian pengsan. Perkara pertama yang dilihatnya adalah kanopi pokok-pokok yang banyak di sekeliling.
Jantungnya masih berdegup. Begitu juga jam tangannya yang masih berdetik menunjukkan pukul 9 pagi.
Namun gadis itu mengalami gegaran otak, penglihatan kabur, tulang selangka patah dan kaki luka teruk.
“Ibu…” Juliane cuba memanggil ibunya dalam keadaan separuh sedar namun tiada sahutan, kecuali daripada cengkerik.
Gadis itu menggagahkan dirinya untuk bangun. Mujurlah dia masih boleh berjalan. Juliane pernah menghabiskan masa selama setahun setengah di hutan mengikuti ibu bapanya dan mereka pernah melatih dia cara asas untuk survive di hutan.
Dia menyelongkar isi perut kapal terbang yang sudah berkecai itu dan menemui sebungkus gula-gula. Cukuplah bagi mengelakkan dirinya daripada kebuluran.
Juliane cuba menerima hakikat yang ibunya sudah tiada apabila melihat banyak mayat bergelimpangan di hutan itu. Hanya dia yang masih hidup dan tinggal sendirian di tempat berbahaya itu.
Dia tiada pilihan lain selain mencari jalan keluar.
Survival
Berada di hutan belantara seperti Amazon ini tidak memungkinkan untuk dia ditemui dengan mudah oleh pasukan penyelamat.
Dia dengar bunyi helikopter dan kapal terbang kecil pasukan penyelamat yang lalu di atasnya namun tidak dapat melihatnya kerana hutan itu terlalu tebal. Akhirnya gadis itu sedar bahawa orang yang boleh selamatkannya adalah dirinya sendiri.
Juliane menemui hilir sungai dan dia terus berjalan mengikuti aliran itu dengan harapan menemui sesiapa dan dapat keluar daripada hutan itu sebelum mati kepenatan.
Langkahnya diatur perlahan kerana kecederaan parah yang dialami namun dia terus berjalan sambil melempar kasutnya ke tanah bagi memastikan tiada ular di depan.
Juliane Diselamatkan
Hampir 10 hari berlalu. Sampai suatu tahap, Juliane mahu mengalah kerana tidak dapat berjalan lagi.
Tiba-tiba dia terlihat sebuah motor bot kecil di tepi sungai dan di dalamnya ada minyak gasoline.
Juliane teringat pesanan ayahnya, minyak gasoline adalah senjata bagi melawan ulat pemakan daging. Lantas gadis itu menuangkan minyak tersebut ke atas luka di lengannya yang sudah berulat dan menarik keluar lebih kurang 30 ekor ulat dalam kesakitan.
Kira-kira sejam kemudian, seorang lelaki datang dan terkejut melihatnya di tebing sungai kerana menyangkanya hantu air.
Manakala Juliane yang seolah-olah ternampak malaikat itu segera menceritakan apa yang berlaku dalam bahasa Sepanyol yang fasih.
Dia dibawa ke sebuah pondok dan dirawat di situ untuk beberapa hari sebelum dihantar ke hospital di pekan berdekatan.
Di hospital, ayah Juliane mencarinya di situ dan mereka dua beranak berpelukan hiba.
Pesawat Akhirnya Berjaya Dikesan
Setelah itu, Juliane membantu pihak berkuasa mengesan bangkai pesawat dan 91 lagi mayat penumpang termasuk ibunya.
Hanya dia yang terselamat daripada tragedi menyayat hati itu.
Beberapa Tahun Kemudian (1980-1990-an)
Juliane, pemegang ijazah biologi daripada Universiti Kiel di Jerman balik semula ke Peru bagi menyudahkan ijazah PhD mengenai haiwan.
Bertahun-tahun dia cuba move on daripada peristiwa itu namun dia terus diasak pertanyaan oleh pihak polis, angkatan tentera udara dan media yang tidak putus-putus menyiasat insiden itu.
Dia tidak begitu gemar dengan segala perhatian dan ‘spotlight’ yang diberikan kepadanya kerana itu bukanlah kejadian yang diingini.
Tiada siapa faham akan dirinya yang trauma dengan kehilangan ibu dan dirantai mimpi ngeri bertahun lamanya.
Dia sekali lagi pergi ke lokasi hitam tersebut untuk penggambaran dokumentari bertajuk Wings of Hope mengenai kisahnya yang menakjubkan orang ramai. Pengalamannya itu turut tercatat dalam setiap helaian muka surat buku memoir tulisannya, When I Fell From the Sky.
Juliane Koepcke dewasa
Setelah lebih 20 tahun berlalu, Juliane kembali duduk di kerusi nombor 19 F dalam perut sebuah kapal terbang. Buat pertama kalinya, dia cuba mengimbau kembali insiden itu dari dekat dan cuba mencari penutup yang masih belum ditemui.
Persoalan yang sering menghantuinya adalah, ‘Kenapa dia seorang saja yang terselamat?’
Sumber:
The Vintage News, BBC, All Thats Interesting, Tribun News
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masa kecik2 iols ada baca sebuah buku berkenaan sorang minah nih naik kapatebang, pastu kapatebang tuh terhempas kat hutan amazon.
kaver buku tuh ialah gambaq lukisan sorang minah omputih berambut perang jln kat dlm hutan..
Juliane teringat pesanan ayahnya, minyak gasoline adalah senjata bagi melawan ulat pemakan daging. Lantas gadis itu menuangkan minyak tersebut ke atas luka di lengannya yang sudah berulat dan menarik keluar lebih kurang 30 ekor ulat dalam kesakitan.
babak yg iols paling ingat, dia ada sebentuk cincin yg dia bukak dan gunakan untuk korek ulat2 yg terbenam dlm daging lengannya. tapi masih ada byk yg tertinggal dlm tuh.
dia jumpa satu beg gula2 yg dia amik sebiji sehari ke camne utk dia kemam dlm mulut supaya elak kelaparan.
lepas beberapa hari, baru dia dijumpai oleh orang dan dibawa naik helikopter ke spital terdekat.
kecik2 mmg terkesan sgt baca buku tuh.
tak sangka berdasarkan citer sebenar acik juliane nih..
masa kecik2 rasa kagum dgn acik nih.. ala2 mcm MacGyver versi pompan tapi terkandas dlm hutan amazon. giteww survival spirit dia.
dah besaq nih baru tau mak dia terkorban dlm kapatebang tuh.
nak cari buku tuh, ntah masih ada lagi kat kg ke dakk... cari title buku tuh takde pulak kat tenet.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian Juliane
mesti trauma sampai sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kentalla....hdp sorang2 dlm hutan tebal mcm tu dgn injured lagi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|