Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Mashyur atau Makam Cik Siti Jalang.
Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti ini.
Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak kepada salah seorang pembesar di istana.
Cik Siti Aminah ini dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita; gelaran 'jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali.
Kesemua lelaki yang menjadi suaminya akan mati setelali mengahwinanya.
Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh Cik Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperisterikannya sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumian mereka.
Dengan takdir tuhan, Cik Siti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seteratus.