CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 717|Reply: 1

[Johor] Sindiket arak tiruan tumpas

[Copy link]
Post time 9-12-2021 05:22 PM | Show all posts |Read mode

PGA Batalion 5 tumpaskan sindiket proses dan simpan arak tiruan menerusi tiga serbuan di sekitar Muar, semalam. FOTO ihsan PGA



Muar: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 menumpaskan sindiket memproses dan menyimpan arak tiruan bernilai RM3.5 juta menerusi tiga serbuan di sekitar Muar, dekat sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, serbuan pertama di sebuah gudang di Bukit Treh, di sini, pada 11 pagi dan pihaknya berjaya menahan dua suspek masing-masing berusia 29 tahun yang bertindak sebagai pekerja di premis berkenaan.



"Dalam serbuan berkenaan, polis merampas dua tong berisi cecair pati arak dan dua tong berisi cecair tiruan dengan kapasiti 200 liter dan 500 kotak arak tiruan pelbagai jenama.

"Selain itu, mesin penutup botol, set pam elektrik, kotak penutup botol, pelekat kastam palsu dan set kamera litar tertutup turut dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dimin berkata, penahanan dua suspek itu membawa ke lokasi serbuan seterusnya di Parit Kadir Darat, Bukit Pasir dan Parit Jamil, Parit Jawa dekat sini dan polis merampas sebanyak 14 tong berisi cecair pati arak berkapasiti 200 liter.

"Di dua lokasi berkenaan, polis merampas 10 kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tujuh lori yang digunakan sindiket untuk mengedar arak tiruan.

"Jumlah anggaran keseluruhan nilai arak berkenaan ialah RM1.2 juta, manakala jumlah anggaran nilai cukai arak adalah RM1.2 juta.

"Dipercayai sindiket sudah beroperasi selama tiga tahun serta arak tiruan berkenaan dipasarkan di kawasan setempat serta di sekitar Johor," katanya.

Katanya, sindiket membeli tong yang mengandungi pati cecair alkohol dan mencampurkan mengikut formula sendiri, kemudian dibotolkan dan ditampal label jenama serta setem duti kastam yang dipercayai palsu.

"Sindiket beroperasi menggunakan lokasi berbeza iaitu satu lokasi untuk kilang memproses, satu lokasi untuk simpan pati arak dan botol dan satu lagi lokasi untuk menempatkan kenderaan.

"Dipercayai juga sindiket ini banyak menjual botol kosong kepada pembuat arak tiruan di Johor Bahru," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 75 Akta Eksais 1976 (kesalahan membuat, memproses arak dan memiliki peralatan membuat arak).

Disiarkan pada: Disember 9, 2021 @ 4:53pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2021 08:23 AM | Show all posts
rasa sama tang alkohol je beza...kena AK49 segelas pun x rase
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.271632 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list