CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 09/12/2021

[Copy link]
Post time 9-12-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
5,446 kes baru Covid-19 ini hari, Sabah ada 322 kes

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,446 kes baru Covid-19.  Jumlah jangkitan terbaru itu menunjukkan peningkatan berbanding sebanyak 5,020 kes yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam.
Ini menjadi kes kumulatif kini berjumlah 2,678,465.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 6.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.
Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan (+15.7 peratus) meningkat.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan perincian kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (8 Disember) yang mencatatkan 5,020 kes adalah seperti berikut:
  • Selangor (1,465)
  • Kelantan (503)
  • Pahang (413)
  • Johor (407)
  • Kedah (404)
  • Sabah (322)
  • Kuala Lumpur (316)
  • Pulau Pinang (291)
  • Negeri Sembilan (251)
  • Terengganu (211)
  • Perak (183)
  • Melaka (129)
  • Sarawak (55)
  • Perlis (33)
  • Putrajaya (25)
  • Labuan (12)



December 9, 2021
sabahdailynews.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2021 08:29 PM | Show all posts
Kluster Debut Timbua jangkiti 31 pesakit di institusi pendidikan
KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu membabitkan institusi pendidikan iaitu Kluster Debut Timbua dicatatkan sebagai kluster baharu di Ranau semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kes berpunca daripada seorang guru lelaki yang dikesan positif melalui Saringan Kendiri.

“Siasatan dan saringan lanjut dalam kalangan kontak rapat mendapati seramai 31 orang lagi sudah dijangkiti setakat ini.

“Lokaliti yang terlibat dengan kluster ini ialah Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Timbua, Kuarters SMK Timbua dan Kuarters SMA Mohd Ali,” katanya sambil menambah kesemua pesakit sudah diasingkan dan dirawat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Masidi berkata Sabah terus mencatatkan peningkatan sebanyak tujuh kes hari ini berbanding hari sebelumnya menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 329 kes semalam.

“Ibu negeri mencatatkan kes tertinggi dengan 73 kes, Tuaran 53 kes, Penampang 31 kes dan Ranau 23 kes manakala satu daerah  dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’ iaitu Kota Belud terkeluar daripada kumpulan tersebut berikutan hanya mencatatkan 16 kes sahaja.

“16 daerah merekodkan kes pada angka satu digit sahaja dan satu daerah iaitu Semporna tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“15 daerah lagi dilihat mencatatkan peningkatan kes harian tetapi dua daerah lain menunjukkan peningkatan yang agak tinggi iaitu ibu negeri bertambah 20 kes dan Penampang 11 kes,” katanya.

Tambahnya sebelas daerah mencatatkan penurunan dengan tiga daripadanya menurun dua angka iaitu Tuaran berkurabg 23 kes, Beaufort 13 kes dan Ranau 11 kes dan satu daerah kekal seperti bilangan kes sebelum ini.

“Seperti catatan sebelum ini sebahagian besar pesakit adalah dalam kategori satu dan dua dengan mencecah 97 peratus diikuti hanya seorang pesakit dalam Kategori tiga, dua orang pesakit dalam Kategori empat dan tidak ada  pesakit dalam Kategori lima sementara tujuh yang lain masih dalam penilaian lanjut JKNS,” katanya.


oleh Vivi Olviana Najurus
utusanborneo.com.my/2021/12/09




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2021 09:16 AM | Show all posts

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 322 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 236,046 kes. Sebanyak lima (5) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di Ranau, Lahad Datu, Sipitang, Kota Marudu dan Penampang. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 321 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 226,330 orang. Manakala 1,195 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 580 orang di hospital, 605 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan ( orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 53 orang merangkumi 51 di ICU/repurposed kritikal care serta dua (2) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 42 (27.63%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah meneruskan trend peningkatan kes harian dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 15 kes hari ini berbanding jumlah semalam. Jumlah kes baharu ialah 322 kes.

b. Daerah-daerah dalam kumpulan "Empat Serangkai" kembali mengungguli senarai daerah kes tertinggi. Tuaran mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 55 kes, Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes. Sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada satu (1) angka sahaja dan enam (6) daripadanya merekodkan sifar (0) kes.

c. Secara perbandingan dua (2) daerah mencatatkan peningkatan jumlah kes yang agak tinggi iaitu Tuaran dengan +21 kes dan Ranau sebanyak +14 kes. Dua (2) daerah mencatatkan penurunan agak besar iaitu Penampang dengan -17 kes dan Papar sebanyak -15 kes.

d. Satu (1) kluster baharu di Bakut, Tuaran diistiharkan hari ini yang melibatkan sebuah institusi pendidikan (institut perguruan). Kes indeks ialah seorang pelajar wanita yang didapati positif COVID-19. Saringan kesihatan di kalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti. Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai.

e. Seramai 312 pesakit atau hampir 97% adalah pesakit dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) pesakit dalam Kategori 3, dua (2) pesakit dalam Kategori 4 dan dua (2) pesakit dalam Kategori 5. Empat (4) pesakit lagi masih dalam penilaian JKNS

f. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (136) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Jalan Tuaran Bakut - Tuaran merupakan kluster jenis institusi pendidikan. Kluster ini melibatkan asrama pelajar siswi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Baru Tuaran. Kes indeks ialah pelajar wanita, warga tempatan, 20, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian PCR pada 27 November 2021 dalam saringan bergejala. Saringan kontak rapat dan saringan bergejala ke atas 134 orang mendapati 26 kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27 kes. Punca jangkitan masih dalam siasatan, walau bagaimanapun perebakan jangkitan disyaki berpunca daripada aktiviti pergaulan pelajar di asrama. Semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.093248 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list