CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

[Sabah] HIP bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

[Copy link]
Post time 10-12-2021 03:22 PM | Show all posts |Read mode


PEMENANG: Juliah diiringi Wanihim (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan HIP Showcase daripada SK Lingga Baru.

TUARAN: Pelaksanaan Highly Immersive Programme (HIP) diyakini mampu membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar khususnya di daerah ini.

Isteri kepada Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag berkata tindakan itu sejajar dengan matlamat program yang bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid, warga sekolah seterusnya komuniti setempat.

“Program HIP ini perlu diteruskan memandangkan komunikasi dalam bahasa Inggeris umpama satu keperluan asas dalam kehidupan.

“Ia termasuk mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran globalisasi tanpa mengabaikan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu,” katanya semasa merasmikan Penutupan Karnival HIP Peringkat Kebangsaan 2021 di sini.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Wanihim Othman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran (Sektor Pembelajaran) Rusdih Linah.

Juliah berkata penguasaan bahasa Inggeris tidak akan tercapai sekiranya pihak yang berkepentingan tidak memainkan peranan masing-masing.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah serta semua warga sekolah adalah pemain utama dalam melaksanakan program HIP, dengan sokongan yang kuat daripada ibu bapa dan murid-murid serta komuniti setempat seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin di peringkat akar umbi.

“Semua guru harus menjadi model dan sebahagian pihak di HIP sekolah, dalam usaha mempromosikan Bahasa Inggeris dengan memulakan Program Sehari Berbahasa Inggeris setiap minggu,” katanya.

Juliah berkata aktiviti bertutur bahasa Inggeris dalam kalangan guru terlebih dahulu di kawasan sekolah boleh dimulakan bagi memotivasikan murid-murid tanpa menghiraukan ketidakpetahan ataupun kesilapan tatabahasa secara langsung ataupun tidak langsung.

“Guru Bahasa Inggeris juga perlu membimbing mengikut kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk menimbulkan rasa minat dalam kalangan pelajar agar lebih berani serta yakin bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Saya berharap agar Program HIP ini dapat diteruskan, bukan sahaja memperkukuhkan bahasa ini dalam kalangan murid tetapi turut meningkatkan kebolehpasaran anak-anak muda yang bakal masuk ke alam pekerjaan kelak,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.192813 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list