CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 0

[SEJARAH] Wildine hanya 73sm

[Copy link]
Post time 14-12-2021 11:10 AM | Show all posts |Read mode

WILDINE mempunyai saiz badan kerdil paling jarang ditemui.

Washington: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) dinobatkan sebagai wanita terpendek di dunia dengan ketinggian hanya 73 sentimeter (sm).

Portal Mirror melaporkan Wildine Aumoithe dari Miami, Florida, diiktiraf Guinness World Records sebagai wanita terpendek di dunia.

Wanita berusia 18 tahun itu mempunyai saiz badan kerdil paling jarang ditemukan yang dikenal pasti sebagai displasia Saddan.

Ibu bapa Wildine pernah diberitahu bahawa anak mereka itu tidak akan bertahan 24 jam selepas dilahirkan.

Bagaimanapun, realitinya Wildine menyambut ulang tahunnya yang ke-18 pada awal tahun ini, dan baru-baru ini, diberi pengiktirafan wanita terpendek di dunia.

Wanita itu berkata, dia berbangga dengan gelaran Guinness World Records dipegangnya kerana keistimewaan pada dirinya.

"Saya juga orang Haiti-Amerika pertama yang memegang rekod wanita terpendek yang menjadikan saya lebih bangga.

"Walaupun keadaan saya, saya mempunyai kehidupan normal, saya tidak pernah membiarkan 'kecacatan' ini sebagai penghalang dan terlepas melakukan sesuatu dalam hidup," katanya.

Menurutnya, rakannya sentiasa melayannya sama seperti manusia normal lain dan tidak pernah sesekali berdepan sebarang kes buli kerana menjadi orang kecil.

"Ketika ibu saya, Wilda, mengandung saya enam bulan, doktor memberitahu ibu bapa saya akan dilahirkan kerdil.

"Ibu saya memberitahu dia menangis apabila dia mendengar diagnosis doktor kerana takut kerana dia tidak tahu apa itu kerdil dan saya adalah anak pertamanya.

"Selepas saya dilahirkan, pada mulanya doktor menyangka saya menghidap achondroplasia, tetapi selepas ujian lanjut, saya disahkan menghidap displasia Saddan kerana kependekan saya.

"Displasia Saddan ialah bentuk kerdil yang paling jarang berlaku dan saya tidak dijangka hidup melepasi 24 jam. "Bagaimanapun, selepas saya berjaya melepasi itu, saya dihantar ke hospital untuk enam bulan pertama kerana saya tidak dijangka boleh hidup," katanya.

Akhirnya, Wildine dapat pulang ke rumah bersama ibu bapanya dan ibunya menjadi penjaga utamanya sejak itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.313260 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list