CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 0

[Sarawak] Tiada aktiviti sorok bekalan simen dikesan di Miri

[Copy link]
Post time 15-12-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode


Pegawai KPDNHEP Miri memeriksa bekalan simen susulan terdapat dakwaan pengilang dan pemborong menyorok simen untuk menaikkan harga bahan mentah itu.

MIRI: Tiada sebarang kegiatan menyorok simen dilakukan pengilang dan pemborong selepas pemeriksaan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri hari ini.

Ketua KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil berkata pihaknya melakukan pemeriksaan pantas selepas isu simen menjadi tular dalam kalangan pengguna di Miri.

"Tiada aktiviti menyorok bekalan dikesan semasa pemeriksaan dijalankan malahan harga juga tiada menunjukkan kenaikan.

Bekalan simen dihantar dengan kadar segera secara berperingkat ke pemborong dan gangguan bekalan dijangka akan pulih sepenuhnya pada 16 Disember (Khamis) ini," katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Joe Azmi berkata bekalan bahan mentah simen sebanyak 4,000 metrik tan (MT) daripada Pelabuhan Bintulu telah tiba pada 14 Disember.

"Kelewatan ketibaan bahan mentah adalah disebabkan faktor angin monsun timur laut yang menggangu kelancaran penghantaran melalui laut.

Purata permintaan harian bekalan simen di Miri adalah sebanyak 320 MT hingga 350 MT sehari.

CMSB telah menggunakan keupayaan maksimum pengeluaran kilang kepada 400 MT sehari bagi menampung bekalan di peringkat pemborong dan peruncit," jelasnya lagi.

Pihaknya menjelaskan bahawa gangguan bekalan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada Khamis ini.

"Empat pegawai kita telah melakukan pemeriksaan di sekitar Miri bagi memastikan pengilang dan pemborong tidak terlibat dalam sebarang kegiatan menyorok simen," ujarnya.

Sebelum ini tular di laman sosial bahawa terdapat pengilang atau pemborong di Miri menyorok simen kerana ingin menaikkan harga.

Dakwaan itu sekali gus mendapat perhatian KPDNHEP Miri untuk melakukan siasatan dan pemeriksaan.

"Individu perseorangan yang menyorok simen akan didenda maksimum RM1 juta atau penjara tiga tahun dan kesalahan seterusnya denda maksimum RM3 juta atau penjara lima tahun.

Bagi syarikat, denda maksimum adalah RM2 juta untuk kesalahan pertama dan RM5 juta untuk kesalahan kedua di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," tegasnya.


utusanborneo.com.my/2021/12/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.295797 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list