![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211215/twu-ub151221-hs-masiungp1.jpg)
TUNAI JANJI: Masiung beramah mesra dengan pasangan pengantin semasa majlis penyampaian sumbangan tersebut.
TONGOD: Seramai 38 pasangan pengantin baharu di daerah ini menerima insentif sebanyak RM1,000 setelah diraikan di Dewan Terbuka, di sini kelmarin.
Insentif itu adalah sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.
Masiung berkata, sumbangan berbentuk wang tunai itu adalah program tahunan yang dibuat olehnya sebagai menghargai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut.
“Ia adalah salah satu manifesto kecil yang telah dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
“Sumbangan itu diharap dapat membantu pasangan yang baharu mendirikan rumahtanga untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri,” katanya.
Dalam majlis yang sama, Masiung turut menyampaikan sumbangan kepada 63 buah Gereja di daerah Tongod yang bakal menyambut Hari Natal tahun ini.
Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sandakan, turut menjalankan kempen caruman i-Suri untuk mendaftarkan suri rumah di daerah ini.
Turut hadir, isteri Masiung Datin Grace Elvira E. Ebin dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Tokyo @ Hashim Omar.
utusanborneo.com.my/2021/12/15 |