CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 0

[Sarawak] Memiliki dan melupuskan harta curi tabika, lelaki didenda

[Copy link]
Post time 15-12-2021 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-12-2021 07:06 AM



KUCHING: Padah memiliki dan melupuskan harta curi kepunyaan Tabika Kemas, seorang lelaki bekerja sendiri dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau 14 bulan penjara sekiranya gagal membayar di Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Sahhil Kanil, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan, masing-masing dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM2,000 bagi pertuduhan kedua serta menetapkan hukuman penjara masing-masing tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa membantu melupuskan harta curi milik seorang pekerja Tabika Kemas Kampung Geobilt iaitu sebuah beg, tujuh buah kotak pensel, 41 getah pemadam dan 26 batang pen dengan menjualkan barangan tersebut kepada seorang wanita.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 7 Disember lalu, di sebuah rumah di Kampung Geobilt, Jalan Bako di sini, pada jam 9.30 pagi.

Pertuduhan kedua pula menyaksikan tertuduh didakwa memiliki harta curi milik tabika sama iaitu sebuah mesin rumput dan radio dalam satu kejadian pada 8 Disember lalu, jam lebih kurang 12.30 tengah hari, di kediamannya, juga di kampung sama.

Berdasarkan keterangan kes, pekerja tabika (pengadu) mendapati tingkap bilik darjah diumpil pada 7 Disember lalu.

Pengadu seterusnya membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati beberapa barangan seperti mesin rumput, karpet, radio, pengecas telefon, peralatan alat tulis telah hilang dicuri individu tidak dikenali.

Anggaran kerugian dilaporkan berjumlah lebih kurang RM1,800.

Laporan polis dibuat dan tertuduh kemudiannya ditangkap pada 8 Disember lalu oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memecah masuk ke dalam tabika itu dengan cara mengumpil tingkap kelas dan mencuri beberapa barangan serta menyembunyikan barangan tersebut di belakang rumahnya.

Tertuduh juga cuba melupuskan harta curi tersebut dengan cara menjualnya kepada seorang wanita.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, ASP Hisyam Junaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2021/12/14

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.143680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list