View: 561|Reply: 1
|
[Sarawak]
Lelaki larikan peti besi wang RM270,000 dicekup
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211215/myy-bp141021-jt-vistaunsafe-p1.jpeg)
MIRI: Tindakan pantas pihak polis berjaya mengagalkan cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri setelah mencuri sebuah peti besi berisi wang tunai RM270,000 milik sebuah syarikat jualan langsung.
Tangkapan ke atas suspek dilakukan dalam tempoh kurang tiga jam selepas peti besi itu dilaporkan hilang oleh seorang pengadu dari sebuah kondominium di Jalan Tanjung Lobang di sini.
Berikutan tangkapan itu, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan ke atas suspek yang berusia 25 tahun.
"Sebelum tangkapan dilakukan, polis telah menerima satu laporan polis daripada seorang pengadu berhubung kecurian peti besi berkenaan yang didakwa mengandungi wang tunai RM270,000.
"Sehubungan itu, kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini.
Terdahulu, bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 4 petang semalam (14 Disember), polis telah menahan suspek di pekarangan Lapangan Terbang Miri dipercayai cuba melarikan diri.
Semasa tangkapan dilakukan, polis turut merampas sejumlah baki wang yang dicurinya untuk dijadikan barang kes.
Hasil pemeriksaan lanjut di rumah keluarga suspek, polis turut merampas sebuah peti besi, pelbagai peralatan dan juga pakaian yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan kecurian.
Difahamkan, wang yang disimpan di dalam peti besi itu milik sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan jualan langsung.
Manakala suspek berjaya ditangkap setelah imejnya membawa lari peti besi itu dari sebuah kondominium mewah dirakam oleh kamera litar tertutup di bangunan tersebut.
Sementara itu, suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret pagi semalam diperintahkan supaya direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut polis.
Tempoh reman ke atas suspek akan tamat pada 19 Disember ini.
utusanborneo.com.my/2021/12/15
|
|
|
|
|
|
|
|
syabas pulis...camnilah kita nk...dlm 3 jam settle...dpt report....g kondo tgk cctv...g epot...tangkap...g rumah saspek amik bukti peti ....baju bagai....mantap... tp duit dh kena blanje...![](static/image/smiley/onion/run.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|