![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211216/whatsappimage2021-12-16at104831.jpeg)
Suspek ditangkap di Jalan Mukah-Oya dalam serbuan semalam.
MUKAH: Seorang penganggur lelaki berusia 24 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di tepi Jalan Mukah-Oya sekitar 4.30 petang pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, ketika pemeriksaan dijalankan ke atas badan mangsa, polis menjumpai satu paket kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methampethamine.
"Anggaran berat dadah adalah 0.40 gram bernilai sekitar RM100," katanya kepada Utusan Borneo.
Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Ampethamine.
Melalui siasatan awal polis, Muhamad Rizal berkata, suspek mengaku terlibat dengan penagihan dadah jenis syabu sejak 2019.
Tegasnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut.
Jelas beliau lagi, kes disiasat di bawah Sekayen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.
utusanborneo.com.my/2021/12/16
|