![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20211217/popo.jpg)
KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun telah didakwa dengan dua pertuduhan di mahkamah semalam di Mahkamah Majistret Labuan berdasarkan seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani (gambar) berkata, tertuduh yang juga penganggur didakwa kerana melakukan sumbang mahram dengan anak perempuan beliau berumur 15 tahun.
"Kejadian dikatakan berlaku sejak awal bulan April 2021 di rumah kediaman mangsa di kampung Arang batu 1, W.P Labuan.
"Tiada pengakuan direkod dari tertuduh dan kes didakwa dihadapan Majistret Tuan Kasyfurrahman Abang Ahmad," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Katanya, sebutan semula kes adalah pada 14 Februari 2022 dan tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan. Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa, ASP Francisca Duliat .
Menurutnya, sabit kesalahan kes ini boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Mohd Ibrahim mengingatkan masyarakat agar melaporkan sebarang kejadian jenayah yang diketahui kepada pihak polis.
"Pihak polis memandang serius setiap kes jenayah yang berlaku termasuklah kes jenayah seksual dan keganasan rumah tangga yang menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini," katanya.
utusanborneo.com.my/2021/12/17
|