CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 678|Reply: 0

[Sarawak] [ POLITIK ] PRN Sarawak: 169 calon hilang wang deposit

[Copy link]
Post time 19-12-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 349 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 telah mengakibatkan 169 daripadanya hilang wang deposit.

Antara parti yang paling banyak hilang deposit ialah calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan 66 daripada 73 calon gagal merebut satu per lapan undi dari kerusi yang dipertandingkan.

Seramai tujuh calon PBK yang dikategorikan hilang deposit iaitu Tomson Ango (DUN Gedong), Goem Pijar (DUN Tanjong Datu), Jacky Chiew Su Chee (Beting Maro), Chai Kueh Khun (DUN Batu Kawah), Mohamad Hamdeen Saharuddin (DUN Asajaya), Edison Jamang (DUN Tarat) dan Saharuddin Abdullah (DUN Simunjan).

Dalam pada itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga merupakan calon yang hilang deposit dengan 22 daripada 28 kawasan yang ditandingi termasuk pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh yang kalah di DUN Beting Maro selepas menghadapi persaingan lima penjuru.

Selain itu, calon Bebas juga tidak ketinggalan dalam kehilangan deposit dengan 23 daripada calonnya iaitu Hii Tiong Huat (DUN Bukit Assek), Agnes Padan (DUN Ba'kelalan), Mohd Adenan Zulkeppli (DUN Semop) dan Abd Mutalip Abdullah (DUN Kuala Rajang).

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Tiong King Sing yang mendapat undi majoriti sebanyak 5,806 undi dalam kerusi berkenaan mengakibatkan lima calon lain yang bertanding di DUN Dudong terpaksa akur dengan kekuatannya.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068888 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list