Saja nak tanya kat korang kat sini..
DAULAT itu wujud keatas siapa?
1) Raja
2) Rakyat
Korang tau tak Daulat tu amende?
Ianya bukan sejenis kek mahupun sejenis donut...
Sesetengah org kaitkan dgn wali... atau kifarah.. atau karma.... malah tak kurang yg kata sihir..
Selalunya org yg dikaitkan dgn Daulat mesti adalah raja2...
So secara automatik golongan kayangan ni akan bongkak dan takbur.
Mana taknya..
Lahir2 je dah konpem menjadi pewaris takhta, harta, nama, followers, instafamous, tiktok bagai...
Pantang kena jentik sikit terus mendabik dada esok kalau aku bangun tido still aku adalah bla bla bla.. pehhh...
Tu silapnya.
Jgn ingat Daulat hanya kepunyaan raja2.
Rakyat pun ada ok....
Daulat lebih spesifik adalah = doa yg termakbul dari insan yg teraniaya.
Itu je.
Bukan lahir sebagai anak raja je terus kau mewarisi daulat. No no no...
Contoh paling legend.. kisah Si Tanggang.
Cer teka sapa yg sumpah sapa dlm kes ini?
Rakyat (si ibu) yg sumpah raja (si tanggang).
Ok ... mungkin akan ada yg kata tu doa dari ibu.. manakala tanggang pulak bukan anak raja betul.
Atau mungkin ada yg kata tu citer dongeng penglipurlara jer.... puihh
utusan cina : secret agent jualan langsung saya kata portugal nak mai serang negeri tuanku.. nak bantuan dari taikor tak..
Mahmud I : kau tak nampak ke aku tengah hisap kok nih.. ade haku kesahhh
mungkin itukah perbualan antara mereka diatas...
Bila disebut nama Mahmud I, apa yg korang boleh terbayang..
Ofkoz ada 2 perkara yg tak boleh dilupakan...
1) sumpahan beliau keatas putri gunung ledang
2) kejatuhan empayar melaka
Korang tak rasa something ke... mcmana yg aku rasa...
yezza.... salah satu darinya adalah karut.
Nak bercakap pasal Daulat, tak sah kalau kita tak menelaah Sulatus Salatin.
Keyword kat sini ialah :
1) Demang Daun Lebar
2) Sang Buana
Siapakah individu no 1 tu.... w'pun nama dia ada daun... tapi dia bukan la daun... dia adalah manusia.. rakyat biasa..
Manakala no 2 tu pulak w'pun nama dia mcm ala2 sang buaya... tapi dia jugak manusia... cuma dia berpangkat raja.
Selalu kita dengar 7 wasiat Raja Melayu.
Tapi...
Korang pernah dengar tak sumpahan rakyat keatas raja?
Dia mati selepas dibunuh oleh pengkhianat yg bernama Laksamana Megat.
Walaupun laksamana tersebut berkali2 kata tindakan dia berprinsip... tetapi bendahara Tun Abd Jalil tetap menghukum beliau sebagai pengkhianat.
Berikut mungkin adalah katabual mereka ketika itew.. :
Laksamana : Saya kuar parti ni sebab saya ni berprinsip.. demi melayu.. demi islam..
Bendahara : Kepala hotak hang. Pengkhianat is pengkhianat. Full stop.
Perlu ingat disini... siapakah raja sebenar?
Mahmud II atau rakyat?
Rakyat mendoakan keatas raja setiap hari...
Sebab raja adalah payung dan penaung.
Mengkhianati raja bermaksud secara langsung engkorang mengkhianati mandat rakyat.
Engkorang kena faham... dalam beribu2 rakyat... mungkin salah seorg darinya makbul doanya...
Siapakah raja tanpa rakyatnya?
Dlm kes ini nampak mcm Megat vs Mahmud.
Tapi secara harfiahnya.. Megat vs rakyat.
Same goes to geng ajaran sesat Al Maunah..
Even thou dia berperang menentang kerajaan.. tapi realitinya dia declare war againts Yang DiPertuan Agong..
Dalam wa’at yang menjadi pengikat antara raja dan rakyat ini jelas menyatakan bahawa, sekalipun seseorang raja itu zalim atau jahat, hamba Melayu mesti taat setia kepadanya. Jika perlu dihukum maka hukumlah walaupun dengan hukuman b.un.uh.
Namun seseorang raja itu dilarang sama sekali mengaibkan hamba Melayu. Dan jika seseorang raja berbuat demikian maka negerinya akan binasa. Mungkin itulah yang berlaku ke atas negera Johor apabila kerajaan tersebut kucar kacir selepas kemangkatan Sultan Mahmud pada tahun 1699 itu.
FC lebih percaya daulat tu milik rakyat ... makna nya ... sesiapa saja ada daulat tu ...
samada daulat mak keatas anak nya - kisah si Tanggang , batu belah batu bertangkup ... walaupun hakikat nya tak leh blah , hanya kerana telor ikan...?
atau dari sesiapa saja yang terianaya ... " nanti ko tau camne azab nya ..." ... tau2 ... haaa jatuh terjelepok macam nangka busuk macam orang yang d gelak kan tu ...
Daulat lebih spesifik adalah = doa yg termakbul dari insan yg teraniaya.
Itu je.
Bukan lahir sebagai anak raja je terus kau mewarisi daulat. No no no...
Tima kasih FC kerana mengundi saya...
Saya berjanji selaku wakil rakyat zambuanga, saya akan berkhidmat dgn penuh bersemangat tanpa mengenal erti penat lelah...
Apakah isi kandungan sumpah taat setia antara Demang Daun dan Sang Sapurba ?
Jom baca :
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba; syahadan jikalau ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dengan kata yang jahat-jahat; jikalau besar dosanya dib.unu.h, itupun jikalau patut pada hukum syarak”.
\Maka titah baginda, “Kabullah hamba. Akan janji bapa hamba?” Demang Lebar Daun, “Janji yang mana itu?” Maka titah Seri Teri Buana, “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa jangan durhaka pada anak cucu hamba, jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalupun”.
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, anak cucu patik pun mengubahkan dia”.
Maka titah Seri Teri Buana, “Baiklah, kabullah hamba akan wa’ad itu”. Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah, barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu dibalik Allah Subhanahu wa Ta’ala bumbungan rumahnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.
Jikalau ada seorang raja memberi aib, itu alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Syahadan segala hamba Melayu pun dianugrahakan Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada penah durhaka dan memalingkan mukanya kepada rajanya, jikalau jahat sekalipun pekertinya dan aniaya sekalipun.”
Perhatikan ayat merah diatas.
Itu adalah lafaz sumpah si raja (Sang Buana) yang bersaksikan atas nama Allah.
Jom kita selidik semula senarai negeri2 melayu islam yg dibinasakan akibat sumpahan ini..
1) Melaka
2) Johor Riau-Lingga-Temasik
This sumpahan is real happen...
Bagaimana pula dgn sumpahan lagi satu?... the vice versa..