OSMAN Sapian. FOTO Arkib NSTP
Johor Bahru: Bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, pada 11.45 malam tadi. .
Perkara itu disahkan oleh abangnya, Datuk Aziz Sapian.
"Saya diberitahu mengenai pemergiannya oleh salah seorang adik saya lebih kurang 11 lebih (malam) tadi.
Buat masa ini, ahli keluarga di Kuala Lumpur sedang menguruskan urusan jenazahnya," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi, tengah malam tadi.
Pada 13 Oktober lepas, Osman, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas dan Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok ringan dan pada November lalu beliau dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.
Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.
Beliau adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.
Disiarkan pada: Disember 22, 2021 @ 8:10am
|