CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4545|Reply: 22

5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

[Copy link]
Post time 28-12-2021 06:54 PM | Show all posts |Read mode
5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda


SITUASI kereta bergegar ialah antara beberapa masalah biasa yang kerap dialami pemandu. Apa yang berlaku bukan saja mengganggu pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu.

Jika mahu ambil mudah, hantar saja kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untunglah kalau masalah dihadapi itu dapat diselesaikan, tetapi bagaimana pula kalau situasi serupa berlaku semula? Sudahlah sakit hati, wang poket pula terbang melayang.

PanduLaju kali ini berkongsi 5 sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN

Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar. Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:

Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.
Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti. Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik. Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku. Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama. Jika 'but' getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah.

Tetapi, jika 'but' sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi. Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK

Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor. Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau 'lari' daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.
Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya. Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda. Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah 'runout' atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu. Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika 'runout' berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju. Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR

Walaupun berada dalam senarai akhir, tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan. Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta. Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:

Sumber:https://pandulaju.com.my/5-punca ... wang-dan-masa-anda/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 03:04 PM | Show all posts
camni la kalo ada kreta sendiri kn maintenance smua nk kne jaga
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 03:29 PM | Show all posts
abeh cane nk jge enjen klu x nk bgi pnapis dia snang kotor/rosak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 08:25 PM | Show all posts
duitanju replied at 11-1-2022 03:29 PM
abeh cane nk jge enjen klu x nk bgi pnapis dia snang kotor/rosak?

kena pandai pilih jenis minyak laa. minyak ni macam macam jenis, kita yang kena tahu mana yg elok mana yg tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 08:29 PM | Show all posts
Edited by gogo44 at 19-1-2022 03:30 PM
migujem replied at 11-1-2022 08:25 PM
kena pandai pilih jenis minyak laa. minyak ni macam macam jenis, kita yang kena tahu mana yg elok  ...

mmg efek, abg bengkel sendiri prnh pesan..sbb sstg tu tak berapa elok formula dia, jadi enjin cpt rosak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:15 PM | Show all posts
Edited by historiakita at 19-1-2022 02:58 PM
migujem replied at 11-1-2022 08:25 PM
kena pandai pilih jenis minyak laa. minyak ni macam macam jenis, kita yang kena tahu...

minyak apa ek yg ok? klu boleh nk crik yg sesuai dgn kreta lah kn... lg plak skrg nk kne jimat2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2022 12:36 PM | Show all posts
gogo44 replied at 11-1-2022 08:29 PM
orang cakap campur campur brand minyak tak elok gak kann. mungkin ada effect dekat enjin jugak

series la hbis minyak ape yg sesuai nk jaga enjen? x tau plak bleh effect

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 04:00 PM | Show all posts
baru2x ni keta tak boleh start....rupanya fuel pump rosak. patutlah keta asik susah nak start and rasa gegar.
dah tukar ni pun masih ada rasa sikit & macam tak pick up lagi2x bila naik bukit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 12:16 AM | Show all posts
izzah_mia replied at 12-1-2022 04:00 PM
baru2x ni keta tak boleh start....rupanya fuel pump rosak. patutlah keta asik susah nak start and ra ...

fuel filter tak tukar ?
spark plug ?
air filter ?
pastu injector kotor agaknya kena guna system fuel cleaner
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 11:30 AM | Show all posts
Jitu replied at 13-1-2022 12:16 AM
fuel filter tak tukar ?
spark plug ?
air filter ?

spark plug dah tukar tahun lepas.

yang lain2x kena check balik buku nota sebab dalam keta ada buku yg rekod buat apa, tukar apa, harga & bila
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 02:56 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 12-1-2022 04:00 PM
baru2x ni keta tak boleh start....rupanya fuel pump rosak. patutlah keta asik susah nak start and ra ...

seram gila smpai mcm tu. klau aku mmg dah tolak bengkel dah xde berani nk bwak ke apa

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:13 PM | Show all posts
Edited by migujem at 19-1-2022 03:38 PM
historiakita replied at 12-1-2022 12:15 PM
minyk apa ek yg ok? klu boleh nk crik yg sesuai dgn kreta lah kn.. lg plak skrg nk kne jimat2..

...

awk cuba pakai shell pnya minyak.. sya selalu pakai yg fuelsave tu je sbb kalau yg tu mmg boleh jimat. mmg boleh nmpk la beza dia bila isi full tank


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:18 PM | Show all posts
gogo44 replied at 11-1-2022 08:29 PM
orang cakap campur campur brand minyak tak elok gak kann. mungkin ada effect dekat enjin jugak

takut mcm boleh kotorkan enjen kereta, tapi kalau shell fuel 95 tu okay je sbb saya biasa nak balik kg ke jalan jauh minyak kereta memang jimat pastu enjin kereta pun ok smooth je

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:33 PM | Show all posts
Edited by gogo44 at 19-1-2022 02:40 PM
ninimastaro replied at 12-1-2022 12:36 PM
series la hbis minyak ape yg sesuai nk jaga enjen? x tau plak bleh effect

mmg efek, abg bengkel sendiri pernah pesan..sbb petrol kan ada gred2 dia, so cth gred yg rendah ke cmtu lagi cpt boleh rosakkan enjin
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:51 PM | Show all posts
Edited by historiakita at 19-1-2022 03:01 PM
migujem replied at 13-1-2022 03:13 PM
awk cuba pakai shell pnya minyak...sya selalu pakai yg fuelsave tu je sbb kalau yg tu mmg boleh jimat...

oh minyk yg ni bgus ek jln jauh? sbb slalu pakai petronas je time balik kampung mmg kalau isi penuh stgh jalan tu dah turun half

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:07 PM | Show all posts
ninimastaro replied at 13-1-2022 02:56 PM
seram gila smpai mcm tu. klau aku mmg dah tolak bengkel dah xde berani nk bwak ke apa

bawak dalam kl je.nasib tak mati masa naik genting hari tu sebab 2 hari sebelum kejadian ada naik genting tp sebab jem turun balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 08:25 PM | Show all posts
Edited by gogo44 at 19-1-2022 03:03 PM
ninimastaro replied at 13-1-2022 02:56 PM
seram gila smpai mcm tu. klau aku mmg dah tolak bengkel dah xde berani nk bwak ke apa

sebab tu penting kena selau pergi servis kereta etc... kalau tak menyusahkan diri sendiri la bila dah berlaku mcm ni en
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 08:27 PM | Show all posts
historiakita replied at 13-1-2022 03:51 PM
oh minyk yg ni bgus ek jln jauh? risau jgk nk balik kmpung nnti setengah jln dah minyk nk habis..
...

bagi aku minyak ni la paling jimat isi full tank drive dari penang ke kl still ada baki 2 bar.. brand lain confirm kena isi 2 kali
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 05:49 PM | Show all posts
migujem replied at 13-1-2022 08:27 PM
bagi aku minyak ni la paling jimat isi full tank drive dari penang ke kl still ada baki 2 bar.. br ...

jimat brape bnyak tu? sbb rse mcm lebih kurang je

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 05:54 PM | Show all posts
Edited by ninimastaro at 19-1-2022 03:16 PM
gogo44 replied at 13-1-2022 08:25 PM
sebab tu penting kena selalu pergi servis kereta etc... kalau tak menyusahkan diri ...

itu lah tu... takde la selalu pergi servis tapi bila dah sampai mileage tu kena la hantar bengkel cepat2 hahaha

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.104423 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list